Seronok kan kalau kita ada rumah sendiri dan bukannya duduk menyewa? Sebab terpulang pada kita nak hias rumah macam mana pun, tiada siapa yang boleh halang atau komen. Tak kisah lah rumah jenis apa pun asalkan ada kerajinan untuk mencantikkan ruang rumah walaupun kecil. Seperti seorang wanita ini yang telah berkongsi idea dekorasi tempat tinggalnya bersama suami dan anak iaitu sebuah kondo yang berkonsepkan minimalis. Beliau memilih konsep ini kerana lebih mementingkan keselesaan dan kesederhanaan.
Jom kita tengok bagaimana beliau mengubah ruang rumah kondonya yang kecil itu dan kelihatan seperti tinggal di rumah yang luas.
.
Bidai untuk menutup tingkap dapur dibeli dari Home Pro.
Gunakan cermin yang besar sebagai ilusi untuk menampakkan ruang rumah yang besar.
Wallpaper untuk ruang tamu ini dibeli di Kaison yang berharga RM 36 untuk 2 rolls.
Tak nampak macam rumah kondo pun kan?
Kredit: Mommy Wiwin