Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Tiada Kemahiran Bertukang, Namun Hasil Kerja Wanita Ini Kreatif & Mengagumkan
    Dapur

    Tiada Kemahiran Bertukang, Namun Hasil Kerja Wanita Ini Kreatif & Mengagumkan

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 22, 20201 Comment2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Selepas berkongsiĀ hasil deko rumahnya menggunakan barang terpakai, ini adalah sambungan kerja deko Noor Sarah untuk ruangan dapurnya pula. Sebahagian sahaja kerana sebahagian lagi masih dalam pembikinan. Apa yang mengagumkan, dia sanggup melakukan kerja ini seorang diri disebabkan minatnya yang sangat dalam terhadap kayu pallet. Hasil kerjanya mengambil masa selama berminggu-minggu lamanya kerana dia bukanlah pakar dalam bidang pertukangan. Ditambah pula dengan penggunaan alatan seperti gergaji dan bukan mesin pemotong kayu serta masalah mata drill yang tumpul membuatkan urusan deko menjadi lambat.

    Dia juga tidak menggunakan modal yang tinggi kerana hanya menggunakan barang-barang dari Mr. DIY, kedai Eco, kayu pallet dan rak lama terpakai. Walaupun tiada kemahiran dan hanya berbekalkan minat, deko ruang dapurnya akhirnya siap hasil dari kreativitinya. Siapa kata golongan wanita tidak boleh melakukan kerja seperti golongan lelaki?

    VIEW IN GALLERY

    Gabungan almari lama yang hampir reput permukaannya tetapi bahagian dalam masih elok. Rak-rak lama dan kayu pallet terpakai ditukar kepada wajah baru.

    Bekas bawang DIY sendiri dari frame gambar kedai Eco dan dawai. Tape hitam pula digunakan untuk membuat garisan pada dinding.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Balang dari balang kaca isi kuih.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Balang kaca cenderahati dari majlis perkahwinan. Nak disimpan tiada tempat jadi isikan dengan bahan-bahan masakan dan ditampal label stiker dari Shopee.

    VIEW IN GALLERY

    Deko dari kayu pallet terbuang, dawai dan kertas buku lama terpakai.

    VIEW IN GALLERY

    Penyangkut langsir DIY sendiri menggunakan klip dan ring dari kedai Eco.

    VIEW IN GALLERY

    Rak pinggan daripada lantai kayu katil lama yang sudah patah. Cat ala kadar dan tidak kemas untuk menghasilkan gaya rustic. Kemudian, alas menggunakan kayu pallet terpakai dan hias dengan rumput hiasan yang diletakkan dalam tin sup cendawan yang tidak digunakan. Jadi, jika anda mempunyai tin seperti ini, boleh dijadikan hiasan.

    VIEW IN GALLERY

    Rak tersembunyi untuk mengelakkan botol-botol diletakkan merata-rata di dapur, juga dari pallet terpakai. Senang dicapai apabila hendak digunakan. Di bawah rak ini dipasangkan roda bagi memudahkan ia ditarik keluar.

    VIEW IN GALLERY

    Kabinet dapur gas ditambahbaik dengan memasang pintu dari pallet supaya sama dengan rak di sebelah.

    Kredit: Noor Sarah Noor Sulaiman

    deko kreatif dapur diy kayu pallet terpakai idea kreatif ruang dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Botol Simpanan Pelbagai Barangan Untuk Ruang Vanity Guna 2 Bahan Asas
    Next Article ‘Makeover’ Tong Kosong Menjadi Pasu Ala-Ala Seramik Untuk Aksesori Deko

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.