Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Kreatif»Tips Atasi Masalah Bau Hapak Dan Busuk Dalam Rumah
    Idea Kreatif

    Tips Atasi Masalah Bau Hapak Dan Busuk Dalam Rumah

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJuly 30, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Rumah yang mempunyai susun atur barang dan dekorasi yang cantik tidak mencukupi. Kalau sekadar ruangan yang elok tapi apabila melangkah masuk ke dalam, terbau haruman yang tidak menyenangkan, bukan sahaja tetamu, kita pun rasa nak duduk jauh-jauh. Jadi, amat penting untuk kita pastikan rumah sentiasa berbau segar dan wangi demi keselesaan kita sekeluarga. Selain daripada menggunakan pewangi udara, banyak bahan-bahan lain seperti soda bikarbonat, serbuk kopi dan cuka boleh digunakan untuk menghilangkan bau-bauan tidak enak itu. Pakai arang pun boleh. Tak percaya? Yatie Eimra sudah pun mencuba cara ini.
    Puan Yatie menggunakan arang biasa kerana murah dan boleh didapati dengan kuantiti yang banyak. Mudah untuk diletakkan di merata tempat dalam rumah yang boleh mendatangkan bau busuk dan hapak. Tambahan pula, ia juga boleh diubahsuai sebagai satu dekorasi dalam rumah tau.
    • Bau hapak dari kasut yang lembap
    VIEW IN GALLERY
    Sumbat arang dalam stokin yang nipis dan masukkan ke dalam kasut atau simpan di dalam bekas. Stokin perlu dijemur sehingga kering terlebih dahulu sekiranya lembap dan jika gunakan bekas, pastikan penutupnya mempunyai lubang-lubang kecil.
    • Bau kedap di dalam kereta/rumah/almari
    VIEW IN GALLERY
    VIEW IN GALLERY
    Hancurkan arang menjadi serpihan-serpihan kecil kemudian bungkuskan dalam uncang, atau letakkan bersama hiasan bunga dan pasu. Boleh letakkan sekali bunga, bunga rampai dan minyak pati. Untuk almari, jangan diletak berdekatan baju berwarna putih dan cerah.
    • Bau makanan yang dah bercampur dalam peti sejuk
    VIEW IN GALLERY
    Letakkan arang ke dalam sebuah bekas atau sentiasa mengelap peti sejuk dengan kain lembap yang dititis esen vanila.
    • Bau busuk dari tong sampah
    VIEW IN GALLERY
    Letakkan bekas berisi arang berdekatan tong sampah, terutamanya yang basah dan berbau. Untuk anak kecil yang masih memakai lampin juga boleh menggunakannya.
    • Bau dalam tandas
    VIEW IN GALLERY
    Letakkan bekas berisi arang atau letakkan bersama hiasan bunga di dalam tandas. Untuk lebih berkesan, gunakannya bersama homemade spray.
    • Bau najis haiwan peliharaan
    VIEW IN GALLERY
    Letakkan bekas berisi arang berdekatan bekas pasir atau tempat mereka membuang air.
    Kredit: Yatie Eimra
    idea dekorasi guna arang tips hilang bau tips mudah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAwas! Bahaya Pinggan Viral Bercorak Ini Kepada Kesihatan Anda
    Next Article Pokok Berubah Kuning Tanda Nak Mati? Baca Dulu Perkongsian Ini

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Cara Jadikan Almari Pax IKEA Kelihatan Built-In Untuk Ruang Storan Dalam Bilik

    July 20, 2023

    29 Idea Bijak Storan Bilik Kanak-Kanak Agar Teratur Yang Anda Tidak Mahu Terlepas

    July 7, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.