Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Tips Dekorasi Ruang Dapur Kecil Agar Dapur Nampak Kemas
    Dapur

    Tips Dekorasi Ruang Dapur Kecil Agar Dapur Nampak Kemas

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 24, 2020Updated:August 2, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Tips Dekorasi Ruang Dapur KecilĀ  – Siapa yang ruang dapur rumah dia berselerak, sempit dan barang-barang diletak merata-rata tempat? Macam mana lah nak memasak atau buat kerja-kerja lain kalau dapur kita macam tu kan? Kalau ada tetamu datang rumah tengok keadaan dapur kita sebegitu, mesti rasa segan. Oleh itu, penting untuk kita menjaga kekemasan dan kebersihan ruang dalam rumah lebih-lebih lagi ruang dapur.

    Dekorasi ruang dapur kecil

    Seorang pengguna Facebook ni iaitu Puan Hani Mynis tampil membantu mereka yang sedang mencari idea susunan dapur yang kemas. Yang penting, semua yang disenaraikan ni ada di kedai Eco RM 2 je. Nak tau apa tips yang digunakan oleh Puan Hani? Teruskan membaca.

    Dekorasi Dapur Sempit Guna Barang Kedai Eco Rm2

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Tipsnya adalah PENSTORAN! Pertama, bakul. Beliau memilih bakul bertapak segi empat yang sama bentuk, jenis dan warna supaya kelihatan seragam. Terpulang pada kita sama ada mahu memilih bakul yang bertutup atau buka.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kedua, bekas tipuware digunakan dalam menghasilkan susunan dapur yang kemas. Sama seperti bakul yang bertapak segi empat dan sama bentuk, jenis dan warna. Tambahan, pilih yang ‘stackable’ untuk menjimatkan ruang.

    VIEW IN GALLERY

    Keempat, botol kaca. Botol-botol ini digunakan untuk menyimpan rempah-ratus dan bahan perasa lain.

    VIEW IN GALLERY

    Kelima, bekas kedap udara. Bekas macam ni boleh lah digunakan untuk simpan pes-pes yang biasa kita letak dalam masakan. Tahan lama pulak tu.

    VIEW IN GALLERY

    Keenam pula rak simpan pinggan. Untuk rak atas ni, Puan Hani khaskan untuk tetamu jadi keluarkan sahaja rak yang dah berisi pinggan untuk dihidangkan.

    VIEW IN GALLERY

    Tips dekorasi ruang dapur kecil seterusnya adalah rak kecil. Puan Hani menggunakan rak ini untuk meletak botol sabun dan perkakas lain berdekatan sinki. Bahagian bawahnya diletakkan sabun dan span basuh pinggan.

    VIEW IN GALLERY

    Kegunaan lain magazine holder? Untuk letak aluminium foil, plastic wrap dan beg ziplock.

    VIEW IN GALLERY

    Selain bakul untuk menyimpan barang-barang cucian, hanger di atas digunakan untuk menyangkut plastik sampah dan menjemur kain lap.

    Kredit: Hani Mynis

    barang eco rm 2 susun atur barang tips dapur kemas
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDekorasi Bajet Rumah Sewa Papan
    Next Article Gara-Gara PKP, Bilik Bertukar Jadi Ala-Ala IKEA

    Related Posts

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Ubahsuai Kabinet Storan Besta IKEA Dengan Mewujudkan Rupa Built-In Custom

    July 20, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.