Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»8 Tips Hiasan Dalaman Rumah Teres Setingkat Yang Perlu Anda Tahu
    Idea Dekorasi

    8 Tips Hiasan Dalaman Rumah Teres Setingkat Yang Perlu Anda Tahu

    RishdanBy RishdanAugust 14, 2017Updated:June 5, 2021No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Secara lazimnya hiasan dalaman rumah banyak melibatkan perempuan. Namun ia turut diminati oleh lelaki tidak kira bujang atau sudah berkahwin. Malah, ramai pereka hiasan dalaman terkenal juga terdiri dari kaum lelaki.

    Dalam entri terbaru kali ini, kami ingin bawakan hiasan dalaman rumah teres setingkat hasil kerja tangan seorang jurutera minyak dan gas yang ketika ini masih bujang. Pemuda yang berasal dari Kedah ini bernama Mohd Firdaus Tahir yang lebih senang dipanggil Afie atau Daus.

    Walaupun kerjaya sebagai jurutera, Afie memiliki minat terhadap hiasan dalaman rumah sejak dari kecil lagi apabila selalu tengok ibunya mengemas rumah. Pada masa yang sama belaiu sememangnya suka lihat benda cantik dan menarik.

    Setelah tamat belajar dan kini bekerja dalam bidang kejuruteraan, Afie kini berjaya merealisasikan segala idea & impian beliau untuk menghias rumah sendiri. Dan inilah hasilnya (lihat gambar-gambar di bawah). Gaya hiasan dalaman dan susun aturnya cukup cantik.

    Hiasan Dalaman Ruang Tamu Rumah Teres Setingkat.

    Rumah teres setingkat dengan keluasan terhad ini menjadi medan melontarkan idea bagi Afie. Biarpun rumah ini hanyalah rumah sewa, Afie tidak menjadikan ianya satu halangan untuk beliau berkarya malah menjadikannya sebagai satu cabaran dalam memastikan setiap ruang dipadankan dengan kemas & tidak serabut.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    “Idea tercetus bila berada di kedai hiasan dalaman favourite saya SSF dan memang suka benda yang nampak stylish. Ada juga saya refer internet, majalah dan group decoration di FB,” kata Afie.

    Konsep  moden Inggeris menjadi pilihan Afie untuk menghias rumah teres 1 tingkat ini. Beliau yang sedang merancang untuk membeli rumah sendiri dalam masa terdekat ini dikatakan telah membelanjakan hampir RM30,000 untuk dekorasi rumah sehingga ke tahap ini. Kebanyakan perabot dan barang dekorasi lain Afie beli di Fella Design, SSF, Ikea, Indek Living Mall dan Kaison.

    Dekorasi Ruang Makan Rumah Teres

    VIEW IN GALLERY

    Walaupun deco ruang makan simple tapi ianya nampak kemas dan tersusun rapi. Sejuk mata memandang. Hiasan dinding ruang makan pula menggunakan dua cermin menegak untuk membuatkan ruang nampak lebih luas & tidak kosong

    VIEW IN GALLERY

    “Sekarang pun memang banyak orang bujang yang suka hias-hias rumah ini sebab kedai-kedai hiasan dalaman memang banyak sekarang. Macam cendawan tumbuh lepas hujan,” kata beliau.

    Menurut Afie, nak hias rumah agar cantik & kemas bukan lagi menjadi perkara asing untuk orang bujang lebih-lebih lagi untuk kaum lelaki. Tapi kenalah ada kira-kira sesuai dengan poket sendiri. Buat ikut kemampuan.

    Ruang Bacaan

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Hiasan Dalaman Bilik Tidur Bujang

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Tip Deco Rumah Teres Oleh Afie

    Afie juga sempat memberikan tips deco rumah teres sebagai rujukan semua yang sedang mencari idea.
    1. Rancang konsep yang anda suka supaya boleh fokus beli barang-barang yang perlu sahaja.

    2. Kaji selidik dulu harga barang yang mahu dibeli dan buat bajet agar tidak terlebih berbelanja daripada kemampuan kewangan.

    3. Pilih saiz barang atau perabot mengikut keluasan rumah agar ia bersesuaian dan tidak membuatkan rumah kelihatan sempit.

    4. Susun atur juga memainkan peranan utama. Kenal pasti fungsi ruang yang hendak diwujudkan itu untuk apa kegunaannya.

    5. Kalau sudah berkeluarga atau ada anak kecil, kurangkan hiasan berkaca atau hiasan yang berisiko tinggi untuk pecah.

    6. Guna satu warna yang terang sebagai fokus agar rumah tak nampak bosan. Tapi jangan terlalu banyak sangat warna yang terang kerana dikhuatiri nampak serabut pula.

    Nude colour sekarang tengah trending dengan konsep sekarang tapi selitkan warna fokus iaitu warna terang bagi menarik perhatian di ruang tersebut.

    7. Rujuk majalah, group decoration atau tanya pakar sebagai panduan untuk hiasan rumah anda.

    8. Bagi yang bajet terhad Afie mencadangkan IKEA dan Kaison menjadi pilihan sebab harga sangat berpatutan dan terbaik.

    Baca : ‘Saya Jumpa 2 Biji Kerusi Meja Makan Terbuang, Kutip dan Jadikan Sofa Kayu DIY Ni’

    Sumber : Facebook Kelab Dekorasi Ikea, Facebook Mohd Afie Firdaus

    hiasan dalaman rumah teres rumah bujang
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKeunikan Shell House di Hutan Karuizawa, Jepun – Inspirasi ARTechnic
    Next Article DIY Kabinet Dapur Dengan RM94 Sahaja, Inspirasi DIY

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.