Seorang ibu berkongsi caranya menguruskan baju-baju 4 orang anaknya. Secara purata untuk seorang anak, terdapat minimum 3 pasang baju sehari seperti baju tidur, baju sekolah dan baju di rumah. Andaikan sebanyak 12 pasang sehari. Jadi, sekiranya kerja melipat kain ditangguh selama seminggu, boleh dikira berapa banyak timbunan baju jadinya. Ini akan mengganggu mental dan emosi mak-mak, bukan? Jadi, jom baca tips mengurus kain baju yang menimbun ini.
Tips Urus Kain Baju Menimbun
– Sediakan bakul untuk setiap anak
– Tulis nama supaya anak tahu kepunyaan setiap bakul
– Jangan membeli bakul besar, sebaliknya yang sederhana sahaja
Sekiranya tidak sempat dilipat sekalipun, carian baju untuk anak-anak menjadi lebih mudah dan cepat.
Gambar di atas dan bawah adalah kain baju yang belum dilipat. Bezanya adalah, 1 bakul mempunyai pelbagai saiz baju, manakala baju di bawah sudah dibahagikan mengikut anak. Walaupun belum berlipat, kurang sakit mata, kan.
Bagi setiap bakul, masa yang diambil untuk melipat tidak sampai 10 minit. Mengapa?
– Secara psikologi, baju nampak sedikit
– Pengkhususan: pantas kerana mudah untuk mencari padanan baju. Sesudah lipat, boleh letak setempat disebabkan ianya baju orang yang sama. Ini menjimatkan masa
– Sekiranya perlu meninggalkan kerja melipat, kita tahu bilangan bakul yang belum dilipat dan melihat jumlah baju untuk dilipat semakin kurang
– Motivasi: 1 bakul belum berlipat lebih bersemangat berbanding 1 bakul yang tinggi menimbun
Cara Susun Atur Baju Dalam Almari
Dahulu susun bertindih, kini apabila susun begini, anak-anak mudah memilih baju sendiri. Selain itu, tiada isu baju yang sudah tidak muat disebabkan terlalu lama terletak paling bawah dalam almari.
Untuk baju yang banyak seragam sahaja disusun berlapis begini. Tarik sahaja. Tidak perlu membuka sehingga 3 buah laci.
Kongsi sekiranya tips ini membantu golongan mak-mak yang lain.
Kredit: Syikin Zahir