Sekiranya anak-anak merupakan peminat Hot Wheels, boleh ubahsuai dan dekorasikan bilik tidur mereka dengan tema tersebut. Seperti yang dilakukan oleh Nass Jusoh terhadap bilik anak saudaranya, Ammar Adha, dengan bertemakan Hot Wheels dan Disney Cars. Dia memilih warna biru dan dipadankan bersama warna putih. Katanya, memandangkan bilik ini agak kecil, perabot putih dipilih untuk menghasilkan ilusi yang luas, bersih dan kemas. Ia juga sangat membantu dalam meneutralkan semula bilik yang berwarna-warni, hasil dari lambakan permainan kanak-kanak.
Bilik Sebelum Transformasi
Semua barang dialihkan ke dalam sebuah lagi bilik stor. Bilik solat ini pula dialihkan ke bilik lama Ammar.
Hasil Dekorasi Bilik Kanak-Kanak Bertemakan Hot Wheels Dan Cars Selepas Transformasi
Lantai vinyl.
- Dari Shopee:
– Meja sisi berharga RM 24.90
– LED strip berharga RM 10.99 – RM 70.66
– Langsir bercorak berharga RM 17 – RM 91.80
– Rak dinding berharga RM 26.24
– Pegboard berharga RM 11.80
– Cermin berharga RM 25.90 – RM 159.90
– Tripod (tapak) piza (DIY menggantikan rak/perabot display Hot Wheels)
- Wallpex (untuk lekatkan Hot Wheels) dan bekas EO dari Mr. DIY
Cat menggunakan jenama Jotun kod warna Night Shadow.
- Almari dan kabinet dari kedai perabot
- Aircond jenama Haier (1hp) dari kedai elektrik. Di bawahnya adalah pam untuk menolak air aircond, buang melalui bumbung
- Frame dinding (DIY sendiri) dan lampu dinding (asal LED putih, ditutup dengan plastik oren) dari kedai Eco
Boleh tonton sebelum dan selepas proses ubahsuai bilik tidur ini di laman YouTubenya. Selamat mendeko!
Kredit: Nass Jusoh