DIY, Idea Kreatif

Hasil Kerja Seorang Wanita DIY Tempat Letak Kertas Pembalut & Sangkar Kucing

Mohon share tanda suka

Ingin kami tunjukkan 2 buah hasil kerja seorang perempuan bernama Farah, yang dikongsikan oleh seorang rakan serumahnya, Slipper’z Echin melalui FB group ‘Tukang Apa Hari Ini’. Menurutnya, 2 buah DIY ini iaitu tempat meletak kertas pembalut dan sangkar kucing adalah 100% idea Farah. Hendak membeli yang sudah siap, harganya mencecah ratusan ringgit, maka, Farah membuatnya sendiri dengan menggunakan batang paip PVC dan beberapa barang yang mudah.

DIY Tempat Letak Kertas Pembalut

Echin ialah seorang surprise planner, jadi, timbul satu masalah untuknya menyimpan kertas pembalut. Dengan modal hanya RM 30, tempat meletak kertas pembalut yang selamat ini dihasilkan untuknya. Dengan itu, tidak ada lagi isu kertas pembalut berlipat-lipat dan sebagainya. Selain boleh membuatnya lebih tinggi, ia juga boleh dibuat tempat menggantung tudung atau apa-apa yang sesuai untuk digantung.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

DIY Sangkar Kucing

Mereka tinggal di rumah bujang, jadi kucing-kucing ini adalah sebagai peneman. Memandangkan sudah banyak, mereka membuat sesuatu untuk kucing-kucing tersebut melalui sebuah penghasilan sangkar, yang siap terdapat pintu dan katil.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Jimat kos, kan? Semoga bermanfaat untuk semua!

Kredit: Slipper’z Echin

Related Posts