Farmhouse merupakan satu konsep dekorasi yang menarik yang datang dari negara Amerika, sehingga menginspirasikan pemilik-pemilik rumah di Malaysia untuk turut menggunapakai konsep tersebut. Seorang pemilik rumah iaitu Puan Azeen juga meminati konsep itu lalu meminta pereka dalaman, Isa untuk mendekorasi dapur berkonsepkan farmhouse dengan warna-warna yang terang dan cerah. Maka, terhasillah idea ini.
Melibatkan dapur kering dan basah, kos transformasi adalah sekitar RM 22K untuk konsep farmhouse ini, manakala keseluruhan dekorasi untuk satu rumah adalah dalam RM 150K. Mari lihat perkongsian sebelum, semasa dan selepas transformasinya selesai.
Sebelum dan Semasa Transformasi Dapur
Lantai dibuat oleh kontraktor.
Dinding shiplap menggunakan MDF board dan paku (jubin tidak ditanggalkan).
Laluan dari ruang tamu dan ruang makan.
Hasil Dekorasi Dapur Konsep Farmhouse Selepas Transformasi
Dapur Kering
Cat kelabu menggunakan jenama Jotun kod warna Platinum Grey.
Kabinet dapur dari material nyatoh solid.
Pokok paku pakis digubah sendiri.
Kabinet built-in (sudut kecil) ditempah bersama kabinet dapur.
Dapur Basah
Laluan masuk ke bahagian belakang.
Semoga menjadi inspirasi untuk anda juga!
Kredit: Isa Al-Roomie