Ibu bapa mana yang tidak teruja hendak mendekorasi bilik anak mereka, bukan? Begitu juga dengan Nazasha Mihaisu dan suaminya yang telah mendekorasi bilik tidur dan bermain anak mereka, Ayden, walaupun baru berusia 15 bulan ketika itu.
Hasil Dekorasi Bilik Tidur dan Bermain Anak
Lukisan dinding diinspirasikan dari Pinterest.
Cat menggunakan jenama Jotun Majestic True Beauty Matt kod warna:
- 10679 Washed Linen – base
- 5125 Orkla dan 4108 Eternal Blue – awan dan geometri
Huruf-huruf (font Luna) berharga RM 3.50 – RM 4.90, eyelash berharga RM 5.50 – RM 5.60 dan gambar frame berharga RM 2.99 – RM 15.99 dari Shopee.
Dari IKEA:
– Storage dengan kotak jenama Trofast berharga RM 289 (saiz besar)
– Set meja kanak-kanak jenama Latt berharga RM 99
– Meja jenama Micke berharga RM 199
– Kerusi jenama Loberget/Blyskar berharga RM 99
– Pegboard jenama Skadis berharga RM 65 (drill-kan pada dinding. Rak dan storage hanya disangkutkan)
– Rak jenama Bekvam (asalnya rak rempah) berharga RM 14.90
– Papan tulis jenama Mala berharga RM 99
– Frame katil extendable (saiz maksimum single dewasa). Tilam juga boleh dipanjangkan
– Penyangkut topi jenama Krokig berharga RM 99
– Kanopi katil jenama Lova berharga RM 59
– Frame jenama Knoppang berharga RM 24.90
– Almari jenama Billy (menyimpan barang-barang yang jarang digunakan)
– Kabinet laci jenama Malm berharga RM 399 (menyimpan pakaian)
– Play mat jenama Hemmahos berharga RM 99
– Karpet jenama Stadsdel berharga RM 99
Terbahagi mengikut jenis pakaian.
Pembahagi dari Mr. DIY. Ia boleh dipotong mengikut saiz yang dikehendaki.
Bakul alat permainan dari Kaison.
Semoga menjadi idea untuk ibu bapa yang lain!
Kredit: Nazasha Mihaisu