Kita boleh mendapatkan impak besar tanpa membuat perubahan ketara pada ruang sedia ada, seperti perkongsian projek transformasi sebuah dapur bertemakan warna light pink ini. Renovasi besar tidak ada dalam bajet, maka ia dilakukan dengan kos yang berpatutan. Kabinet, counter, backsplash, lantai dan sinki sedia ada dikekalkan namun ruang masih berjaya diubahsuai. Selama 8 minggu, ia dikemaskini kepada ruang yang sangat berfungsi.
Sebelum
Mood Board & Proses Transformasi Dapur
– Lubang dalam kabinet diisi dengan filler kayu, di-sanded dan dicat warna Setting Plaster (pink lembut dan kurang pekat) oleh @farrowandball
– Semua perkakas baru dan wallpaper Housemartins dalam Sage (@warnerhouse_1870) dipasang
– Backsplash dicat putih dengan Diamond Hard RePurpose, menjadikan ruang terasa lebih cerah dan besar
– Countertop, sinki dan lantai di-refinished
– Lampu fixture dan tingkap diganti dan dicat
– Faucet diganti
Hasil Transformasi Kos Rendah Dapur Tema Light Pink
Dekorasi-dekorasi kecil dan island worktable (dibuat oleh tukang tempatan) ditambah.
Faucet (@amazonhome) menambahkan sedikit kehalusan dan personaliti pada ruang.
Cat Battenberg oleh @benjaminmoore untuk bahagian dinding yang tidak di-wallpaper.
Lukisan minyak oleh @stevendolan.fine_art – @milneantiquesanddesign
Terdapat beberapa ‘adjustment’ dan ‘detail’ terakhir perlu dibuat namun hasilnya memuaskan hati. Bukti bahawa impak yang besar boleh diperoleh tanpa renovasi yang besar.
Kredit: @joshandtonic