• Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
HIAS.MY
  • Idea Dekorasi
    • Bilik Tidur
    • Dapur
    • Ruang Makan
    • Ruang Tamu
  • Travel
  • Rumah Idaman
    • Ubahsuai
    • Bilik air
  • DIY
    • Idea Kreatif
    • Ikea Hack
  • Facebook

  • RSS

Idea Dekorasi

Transformasi Rumah Flat Lelaki Bujang Yang Bertukar Indah & Kemas

Transformasi Rumah Flat Lelaki Bujang Yang Bertukar Indah & Kemas
Nurul Husna MD
September 4, 2020
Mohon share tanda suka

Hidup bujang ni kadang-kadang dikaitkan dengan kehidupan yang kurang terurus, rumah yang bersepah, tambah-tambah kalau diduduki oleh orang lelaki. Stigma begini memang sudah sebati dalam pemikiran sesetengah masyarakat kita. Namun, zaman sekarang ini terdapat ramai bujang terutamanya golongan lelaki yang mementingkan kebersihan dan kekemasan tempat tinggal, siap letak dekorasi lagi untuk menambahkan faktor ‘wow’ dalam rumah mereka, termasuklah seorang lelaki ini yang bernama Muhd Faddie.

Rumah jenis flat yang didiaminya telah ditransformasikan menjadi sebuah ruangan yang indah dan kemas. Barangan pun kebanyakannya dibeli online sahaja seperti Shopee dan Carousell kerana lebih murah selain daripada Kaison. Hasil usaha dan kreativitinya dalam mengubah dan menghias rumah telah dikongsikan untuk menjadi inspirasi dan contoh kepada mereka di luar sana.

 


VIEW IN GALLERY

 

Katanya, dia membelanjakan sebanyak RM 1K lebih sahaja untuk memiliki deko rumah yang simple dan menarik ini. Untuk lebih jimat dan tidak terlebih bajet, perabot dan barangan-barangan lain dibeli sedikit demi sedikit dan diatur mengikut citarasanya sendiri.

Dia juga ada memberikan sedikit tips, terutamanya untuk golongan bujang sepertinya iaitu, untuk mendapatkan rumah yang cantik dan sentiasa kemas, kita perlu rajin, bukan sahaja dalam mengemas tetapi juga dalam menghias kerana kecantikan juga merupakan sesuatu yang dituntut. Tak perlu barang yang mahal, cukup sekadar sedap mata memandang.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Antara barangan dari Shopee:

  • Meja kopi berharga RM 27.50
  • Bantal sofa berharga RM 6
  • Sofa jenama Finsso berharga RM 299

VIEW IN GALLERY

Lampu berharga RM 12.30 dari Shopee.

Kredit: Muhd Faddie

Related Itemsidea deko rumah flatsimple dan kemasubahsuai rumah flat
Idea Dekorasi
September 4, 2020
Nurul Husna MD
Related Itemsidea deko rumah flatsimple dan kemasubahsuai rumah flat

More in Idea Dekorasi

Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas

Nurul Husna MDJune 23, 2022
Read More

Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush

Nurul Husna MDJune 23, 2022
Read More

Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu

Nurul Husna MDJune 22, 2022
Read More

Tiada Tema, Dekorasi Rumah Sewa Ini Sangat Kemas, Simple & Kelihatan Luas

Nurul Husna MDJune 20, 2022
Read More
Scroll for more
Tap
  • Popular

  • Latest

  • Comments

  • Ubahsuai Dekorasi Bilik Tidur Tema Putih Yang Simple Dengan Sentuhan Kuning
    Bilik TidurMay 29, 2022
  • Pertama Kali Buat, Lelaki Ini DIY Wainscoting & Shiplap Untuk Rumah Pertama
    DIYMay 31, 2022
  • Dari Bilik Tidur Bujang Merah Jambu, Wanita Ini Kini Kongsi Bilik Bersama Anak
    Bilik TidurJune 1, 2022
  • Masing-Masing Ada Citarasa Berbeza, Wanita Ini Pilih Gaya Inggeris Untuk Rumah
    Idea DekorasiMay 29, 2022
  • Tips Pemilihan ‘Batu-Bata Dekoratif’ Facing Atau Stone Veneer Jika Cara DIY
    DIYJune 24, 2022
  • Asalnya Bilik Stor, Wanita Ini Ubah Jadikan Bilik Baking. Lebih Tersusun & Kemas
    Idea DekorasiJune 23, 2022
  • Transformasi Bilik Tidur Utama Bertemakan Gabungan Warna Hijau & Dusty Blush
    Bilik TidurJune 23, 2022
  • Dekorasi Dapur & Ruang Makan Scandi Putih Serta Bilik Anak Mint Merah Jambu
    Bilik TidurJune 22, 2022
  • izzat luqman says:

    Total price how much?

  • zubirhamidon says:

    mohon sediakan pelan untuk ruang dapur saya.ruang 10 x 20.

  • Fazuin bin joseph says:

    Macam mana saya boleh dapat rumah ini

  • mohd shahril hazlim hamidon says:

    kalau mcm ni berapa kosnya tuan?




HIAS.MY

Hias.my merupakan laman majalah versi website yang membawakan idea tentang senibina, perabot dan hiasan dalaman. Di hias.my, kami mencari dan mengumpul serta membawakan idea-idea yang berguna untuk menghias kediaman anda.

Pages

  • Hantar Artikel
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • Privacy Policy
  • Tentang Kami

Copyright © 2020 Hias.my

DIY Hiasan Dinding Iron Wall Guna Bajet RM 80 Je
Transformasi Rumah Teres Kos Rendah Berkonsepkan Deko Modern Minimalist