Apabila mengendali projek ubahsuai yang sebesar ruang tamu, ia boleh menjadi sukar untuk mengetahui di mana hendak bermula. Namun dengan mempunyai inspirasi, boleh membantu dalam menentukan pilihan cat dan dekorasi. Hanya dengan sedikit cat dan hiasan, transformasi sebuah ruang tamu yang dikongsi oleh seorang wanita bernama Sarah tampak lebih lembut dari ruang asal dan mengagumkan.
Sebelum
Hasil Transformasi Ruang Tamu Yang Lebih Lembut
Railing ini adalah antara ubahsuai kegemarannya kerana ia membuka ruang laluan masuk dan mewujudkan lebih banyak aliran pergerakan antara ruang. Dengan menggunakan semula rail bahagian atas dari dinding asal dan lebihan kayu, banyak penjimatan kos dapat dilakukan.
- Sofa jenama Finnala dari IKEA
- Kerusi, frame gambar kayu dan lampu stand hitam dari Target
- Mantel kayu dihasilkan oleh suaminya
- Chandelier dari Overstock
Dinding menggunakan cat jenama Benjamin Moore warna White Dove dan Behr warna Black Suede.
Kabinet menggunakan campuran cat warna Clark Pond Green dan Coastal Fog dari @shackteau_interiors.
Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi untuk anda!
Kredit: @sittingprettyhomedecor
Facebook
RSS