Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Ubahsuai Pagar Rumah Jadi Lebih Privasi Guna Shera Plank. Jimat Beribu Ringgit
    DIY

    Ubahsuai Pagar Rumah Jadi Lebih Privasi Guna Shera Plank. Jimat Beribu Ringgit

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 3, 2022No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Hendak membuat pagar rumah baru, beribu ringgit juga perlu dibelanjakan. Jadi, apabila terlihat perkongsian mengenai transformasi pagar menjadi lebih privasi dalam sebuah FB group, terus terasa ingin mencuba. Selepas pengukuran dan pengiraan, sebanyak 22 keping shera plank perlu digunakan (kos RM 400 dari kedai hardware). Seminggu masa diambil untuk menyiapkannya kerana dibuat pada hujung minggu sahaja.

    VIEW IN GALLERY

    Jenis self-drilling, jadi tidak perlu drill untuk membuat lubang.

    Bahan lain adalah:

    – Nippon Paint

    • Undercoat 5400 Wall Sealer (lebihan cat lama)
    • Fibercote kod warna T107 Redwood (5 liter) berharga RM 140

    – 110 unit skru hexa awning dengan washer bersaiz dalam 1 setengah inci (1 plank menggunakan 5 skru) berharga RM 20

    Kos keseluruhan dalam RM 560.

    Sebelum

    VIEW IN GALLERY

    Proses Ubahsuai Pagar

    VIEW IN GALLERY

    Sekeping bersaiz 3000 mm x 150 mm x 8 mm dengan jarak antaranya dalam 15 mm.

    Ukurkan kepanjangan saiz yang hendak dipotong mengikut kesesuaian dan pelan masing-masing.

    VIEW IN GALLERY

    Selepas pemotongan, digalakkan cat dahulu untuk menjimatkan masa, tambahan jika sedikit redup, jadi tidak perlu berjemur semasa mengecat.

    VIEW IN GALLERY

    Selepas itu, re-cote 2 kali dengan cat berwarna dan tunggu kering.

    VIEW IN GALLERY

    Semasa skru, pagar dicabut dan dibaringkan untuk menjimatkan masa dan tenaga. Selesai skru kedua-dua pagar, cangkukkan semula pada bracket sedia ada.

    Hasil Ubahsuai Pagar Guna Shera Plank

    VIEW IN GALLERY

    Jenis autogate.

    VIEW IN GALLERY

    Boleh juga ke YouTube untuk melihat langkah-langkah yang dilakukannya dan tips untuk mengecat. Yang penting, isteri juga menyukainya kerana dapat melindungi auratnya.

    Kredit: Far East

    idea pagar lebih privasi idea ubahsuai pagar ubahsuai pagar guna shera plank
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleWanita Ini Cantikkan Rumah Usia 20 Tahun Dengan Renovasi, Kos Dalam RM 80K
    Next Article Idea DIY Bajet Cara Nak ‘Sejukkan’ Rumah Guna Aluminium Foil. Boleh Cuba!

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.