Ruang yang gelap boleh membuatkan rumah seakan-akan tidak ‘hidup’ dan ‘bermaya’, seperti sebuah ruang tamu rumah 1 tingkat ini. Untuk mengatasi masalah tersebut, team pereka dalaman Ziwani Home Deco mengubahsuai ruang milik klien mereka itu yang berwarna gelap serta hijau menjadi sedikit cerah mata memandang. Kerja-kerja melibatkan wainscoting, mengecat siling, lantai, mengalih aircond, menukar pencahayaan, pintu sliding 2 daun dan kabinet buku dari nyatoh, dan dekorasi.
Hasil Ubahsuai Ruang Tamu Jadi Lebih Cerah
Cat jenama Jotun kod warna 10678 Space.
Langsir sunblock glossy berwarna gold jenis design ripple fold dengan S track custom dari kedai langsir.
Sofa berwarna kelabu.
- Frame bunga dan meja konsol dari SSF
- Pokok Eucalyptus berketinggian 110 cm dari kedai bunga
Permintaan khas tuan rumah untuk mempunyai ruang surau/solat, maka pintu dibuat untuk menyembunyikan sedikit tempat ini dengan kos RM 5K.
Pintu kabinet akan dipasang.
Perubahan yang menjadikan ruang sangat cantik dan istimewa berbanding sebelumnya.
Kredit: Wani Ziwani