Ubahsuai Tandas Dengan Tema Hitam Putih Bermodalkan Bajet Kurang RM 400

Jangan lupa bahawa kebersihan tandas juga perlu diberi perhatian. Oleh sebab itu, ramai daripada kita bertindak mengubahsuai tandas supaya lebih selesa dan bersih. Arlanza Syazreen juga melakukan perkara yang sama pada tandas rumahnya. Dengan menggunakan tema hitam putih, dia mengubahsuai tandas rumah teresnya dengan bajet kurang dari RM 400.

VIEW IN GALLERY

Untuk lantai:

1) Flake epoxy jenama Mr. Coat berharga RM 250, meliputi keluasan 20-25 kaki persegi
2) 2 buah berus berharga RM 5 setiap satu
3) 2 buah roller berharga RM 10 setiap satu
4) 4 keping masking tape berharga RM 2 setiap satu
5) Thinner berharga RM 10
6) Kertas pasir

Jumlah: RM 298

Untuk dinding:

1) Black epoxy jenama Nippon Paint berharga RM 45
2) White epoxy jenama Nippon Paint berharga RM 45

Jumlah: RM 90

Jumlah keseluruhan lantai dan dinding: RM 388

Alat-alat yang digunakan:

1) Pensil
2) Pita ukur
3) Pembaris
4) Pisau lipat

Cara-cara:

1) Bersihkan permukaan lantai dan bilik air
2) Pastikan lubang-lubang jubin yang pecah ditutup dengan simen
3) Gosok permukaan jubin dengan kertas pasir
4) Lap permukaan dengan thinner
5) Pastikan permukaan bebas habuk dan debu
6) Pastikan lantai dan dinding betul-betul kering
7) Gunakan masking tape untuk membuat corak di lantai
8) Gunakan Flake Epoxy yang dibahagikan kepada 2:
Bahan A – Primer
Bahan B – Finishing
(Untuk cara menggunakannya, boleh rujuk di YouTube)
9) Pastikan flake epoxy betul-betul kering sebelum menggunakan tandas

VIEW IN GALLERY

Untuk paip, tuan rumah yang lama telah membuat paip pada luar dinding akibat kebocoran paip dari dalam dinding. Tetapi, Puan Syazreen telah membaiki paip yang bocor itu dan menggunakannya semula.

Aksesori:
1) Tempayan berharga RM 130 dari kedai pasu bunga. Caranya, tutupkan lubang bawah dengan simen dan sapukan epoxy
2) Water closet berharga RM 450 dari kedai sanitary hardware

3) Pasu dan bunga berharga RM 80 dari kedai bunga

Barangan dari Shopee:

1) Cebok/gayung berharga RM 25
2) Sticker ‘monster’ berharga RM 2.50
3) Paip berharga RM 150
4) Berus toilet berharga RM 25

Kredit: Arlanza Syazreen

Related Posts

DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

Mahu mencipta rupa fluted pada perabot lama? Sebuah nightstand lama sedia ada beberapa tahun lalu ini diubahsuai semula, memberikan rupa diinginkan untuk bilik pelangi. Mahu berjimat seboleh…

DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

Projek DIY boleh menjadi sangat terapeutik terutamanya apabila ia sesuatu yang istimewa, seperti ubahsuai dresser kayu ceri untuk sebuah nurseri ini dengan sentuhan peribadi. VIEW IN GALLERY…

Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

Untuk mendapatkan layout yang betul, ruang perlu diubahsuai dengan mereka bentuk dan merenovasinya, seperti sebuah dapur kecil ini. Mahukannya berasa ‘ringan’, cerah dan moden, ia kini bersaiz…

Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!

Membina bilik dalam ruang bawah tanah sempurna untuk semua pengguna mempunyai privasi, seperti sebuah projek ini. Dari segi dekorasi, apa yang ada di rumah digunakan untuk mewujudkan…

Pembinaan Bilik Air Baru Melalui Renovasi Bilik Ruang Bawah Tanah Yang Mesra Bajet

Penambahan sesuatu ruang boleh menambah nilai rumah dan bagus untuk semua tetamu, seperti pembinaan sebuah bilik air baru penuh menggunakan sebahagian bilik storan besar di ruang bawah…

Ubahsuai Bilik Berkonsepkan Moden Yang Mampu Milik Untuk Kanak-Kanak Lelaki

Kanak-kanak pasti sangat gembira dengan bilik yang menyerlahkan personaliti menyeronokkan dan ingin tahu mereka, seperti sebuah bilik kanak-kanak lelaki yang diubahsuai berkonsepkan moden mampu milik ini. Sebelum…