Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Ubahsuai Tangga Jadi Lebih Selamat Guna OSB Board, Modal RM 150+ Je
    DIY

    Ubahsuai Tangga Jadi Lebih Selamat Guna OSB Board, Modal RM 150+ Je

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDMarch 30, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Rekabentuk tangga dalam rumah ni ada bermacam-macam kan. Tetapi yang pentingnya, kita perlu juga melihat dari aspek keselamatan dalam penggunaannya. Seperti contoh tangga rumah 2 tingkat milik Mohd Khairul Nizam yang mempunyai jurang yang agak ketara. Jika digunakan oleh orang dewasa, mungkin tidak ada masalah. Tetapi lain halnya untuk kanak-kanak yang semestinya tidak mengetahui akan bahaya tangga seperti ini terhadap mereka. Disebabkan itu, Khairul telah bertindak mengubahsuai tangga tersebut menggunakan OSB board dengan bermodalkan RM 150++.

    Melalui perkongsian hasil DIY ini sewaktu awal PKP dalam FB group ‘Tukang Apa Hari Ini’, dia mendapatkan OSB board dari IG Shop @PalletXpert. Menurutnya, berbanding dengan plywood, harga OSB board lebih murah. Namun untuk yang ingin menggunakan plywood, boleh membeli yang sudah siap dipotong dengan memberi ukuran pada kedai. Menurutnya, ubahsuai ini dibuat lebih kepada keselamatan anaknya yang gemar berulang-alik bermain di tangga. Maka, inilah hasil ubahsuai tangga menggunakan OSB board dengan modal RM 150+ sahaja.

    SEBELUM

    VIEW IN GALLERY

    Keseluruhan tangga ini adalah besi manakala anak tangganya merupakan kayu.

    SELEPAS

    VIEW IN GALLERY

    Board dicat syelek supaya kelihatan berkilat. Kemudian, ia dilekatkan dari bahagian dalam (belakang) menggunakan skru.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Dalam perancangannya selepas ini, akan ditambah ‘pagar’ pada bahagian tepi.

    VIEW IN GALLERY

    Barulah nampak lebih cantik tangga rumah ni. Selamat dan murah pula tu.

    Kredit: Mohd Khairul Nizam

    hasil ubahsuai dengan osb board idea ubahsuai tangga tips tangga yang selamat
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSelepas 4 Tahun Berkahwin, Wanita Kongsi Hasil Deko Rumah Apartmentnya
    Next Article Nak Tips Hias Ruang Tamu Gaya Simple Tetapi Cantik? 8 Tips Ini Untuk Anda

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Ubahsuai Dapur Kecil Melalui Reka Bentuk Layout Yang Betul. Kini Cerah & Moden!

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.