Anak ramai punca rumah bersepah? Tidak bagi seorang ibu ini yang berkongsi deko rumah sewanya (17 tingkat) dengan 3 bilik. Mempunyai 5 orang anak termasuk anak istimewa (bongsu), sudah masuk tahun ke-3 mereka menetap namun rumah terlihat kemas, bersih dan cantik.
Hasil Deko Rumah Sewa Yang Kemas, Bersih, Cantik
Ruang tamu tempat anak-anak bermain. Karpet digulung dahulu dan dipasang semula sesudah selesai.
Top rak TV dibalut wallpaper disebabkan permukaannya sudah kembang terkena air akuarium.
Meja sisi, langsir – IKEA
Laci bersebelahan TV (asalnya rak kasut) dijadikan tempat anak bongsunya menampal stiker reusable.
Kabinet bawah table top RM 77 – RM 199 (2 pintu tidak sampai RM 100), wallpaper dinding, lukisan jawi, tangga tandas – Shopee
Table top (asalnya mozek batu berwarna hitam) dibalut wallpaper.
Ruang Belajar & ‘Mengopi’
Bilik Anak Ke-5
Bawah katil muat menyimpan tilam lipat, cadar dan pakaian sekolah.
Caranya menguruskan pakaian anak, baju sekolah, telekung, tuala dan baju kurung digantung di 2 rak besi. Dalam almari bersebelahan katil (asalnya rak buku) untuk baju harian berlipat.
Kaca di pintu sudah retak lalu dibalut wallpaper.
Stor
Kotak penyimpanan di bawah katil.
Balkoni tempat bersarapan/minum petang dan menjemur pakaian.
Semoga menjadi inspirasi untuk para ibu yang lain!
Kredit: Mustika Mokhtar