Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Wanita Ini Bagi Jalan Penyelesaian Untuk Masalah Dapur Rumahnya. Hasilnya?
    Dapur

    Wanita Ini Bagi Jalan Penyelesaian Untuk Masalah Dapur Rumahnya. Hasilnya?

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 7, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Walaupun sekadar dapur rumah sewa tetapi ianya bukan alasan untuk Raja Nurhazwani membiarkan masalah pada dapur rumahnya terus berlarutan. Anda boleh lihat masalah yang dihadapinya dan penyelesaian yang dilakukannya sendiri di bawah ini.

    VIEW IN GALLERY

    Ruang dapur rumah yang agak luas tetapi terdapat 3 masalah utama yang dikenalpasti iaitu:

    – Bersepah/tidak teratur
    – Tiada langsir
    – Tak seragam/suram

    VIEW IN GALLERY

    Deko semula dengan hanya menggunakan wallpaper dan meletakkan aksesori tambahan seperti ruang penyimpanan, blind dan rak mengikut kepada masalah yang dikenalpasti di atas. Pemilihan wallpaper sangat penting dalam menghasilkan ruang yang lebih cantik dan kemas.

    VIEW IN GALLERY

    Masalah utama:

    – Susun atur barang yang tidak teratur kerana terlalu banyak peralatan yang diletakkan di atas counter top

    – Rak pinggan, besen dan cawan yang digantung pada grill tingkap membuatkan keadaan tambah bersepah

    – Tiada langsir pada tingkap dan hanya menggunakan cover cermin

    VIEW IN GALLERY

    – Hanya letakkan barang-barang untuk kegunaan harian di atas counter top

    – Memasang blind supaya mudah untuk membuka tingkap sekaligus udara luar dapat keluar masuk ke ruang dapur

    – Seluruh kawasan ini dilekatkan wallpaper untuk memberikan mood yang lebih segar dan moden

    VIEW IN GALLERY

    Terdapat sebuah rak dinding yang hanya digunakan untuk meletakkan barangan hiasan dan menjadi tempat pengumpulan habuk.

    VIEW IN GALLERY

    Rak bertukar fungsi sebagai tempat menyimpan bahan makanan seperti milo, nescafe, teh dan sebagainya. Apabila selalu digunakan, habuk juga menjadi kurang.

    VIEW IN GALLERY

    Kawasan memasak agak bersepah dan tempat meletakkan beras tidak sesuai.

    VIEW IN GALLERY

    Hanya letakkan keperluan masakan yang sering digunakan di kawasan ini. Kuali disimpan di dalam kabinet. Sudip, garam, gula dan serbuk kunyit diletakkan di dalam rak simpanan yang sesuai. Sos, kicap dan bahan masakan lain pula diletakkan di dalam rak putih di sebelah counter top. Cara ini lebih memudahkan proses memasak.

    VIEW IN GALLERY

    Masalah utama:

    – Keadaan rak yang bersepah

    – Ia makan ruang kerana rak lebar di bahagian bawah dan kecil di bahagian atas

    VIEW IN GALLERY

    Gantikan dengan rak yang lebih ‘slim’ dan lebih banyak ruang. Ia digunakan untuk menyimpan rempah-ratus, bawang dan stok masakan yang belum digunakan. Mudah untuk periksa stok yang masih ada.

    VIEW IN GALLERY

    Meja makan daripada IKEA masih dalam keadaan baik tetapi terdapat beberapa gelembung pada permukaan meja.

    VIEW IN GALLERY

    Ubahsuai meja tersebut dengan memasang wallpaper untuk menutup cela-cela yang terdapat pada permukaan meja dan memberikan keseragaman pada semua bahagian dapur.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kabinet tadi diubahsuai mengikut tema dapur, dan digunakan untuk menyimpan barangan elektrik yang jarang digunakan, pinggan mangkuk dan cawan serta menjadi tempat untuk baking.

    Kredit: Raja Nurhazwani

    deko dapur yang kemas idea dekorasi dapur idea ubahsuai dapur
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSusah Nak Padankan Konsep Deko Baru Dengan Perabot Lama? Baca Tips Mudah Ini
    Next Article Hasil Transformasi Rumah Secondhand Kepada Deko Gaya Pinterest

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.