Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Susah Nak Padankan Konsep Deko Baru Dengan Perabot Lama? Baca Tips Mudah Ini
    Idea Dekorasi

    Susah Nak Padankan Konsep Deko Baru Dengan Perabot Lama? Baca Tips Mudah Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 7, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Haaa macam mana ya? Tak semua berkemampuan untuk membeli perabot baru semata-mata untuk padankan dengan konsep deko yang baru. Kadang-kala rasa sayang nak gantikan dengan yang baru kerana ada nilainya yang tersendiri. Oleh itu, pereka dalaman kita ini tampil membantu anda yang menghadapi masalah ini dengan berkongsi tips mudah untuk memadankan konsep baru dengan mengekalkan perabot lama rumah anda. Sebagai contoh, di ruang tamu.

    VIEW IN GALLERY

    1. Pilih dan tetapkan warna utama untuk ruang tamu. Jika menggunakan warna yang selamat atau lembut seperti kelabu, tiada masalah untuk anda memadankannya. Mengambil contoh tuan rumah ini yang menggunakan perabot iaitu kerusi lama yang masih elok tetapi, warnanya iaitu oren salmon susah untuk dipadankan dengan warna-warna lain. Anda boleh menggunakan warna yang sama seperti perabot tersebut tetapi dengan tona yang berlainan, asalkan jangan keterlaluan.

    VIEW IN GALLERY

    2. Sekiranya warna yang dipilih agak dominan seperti warna oren salmon ini, gunakan warna yang selamat seperti earth tone untuk soft furnishing seperti langsir. Elakkan memilih warna yang sama dengan dinding atau perabot utama kerana warna itu sudah cukup menonjol.

    VIEW IN GALLERY

    3. Masukkan unsur-unsur light timber pada dekorasi dinding yang cerah untuk memberi suasana ‘tenang’ dalam pemilihan warna dinding yang menonjol. Sebagai contoh, ruang tamu ini menggunakan bingkai gambar material light timber dan artwork ringkas dengan berlatarbelakangkan warna putih sebagai “based artwork”.

    VIEW IN GALLERY

    4. Pastikan bingkai digantung setakat paras mata anda. Ianya untuk menampakkan keseimbangan pada dinding.

    VIEW IN GALLERY

    5. Tambah tumbuh-tumbuhan indoor yang mudah dijaga sebagai kontra semulajadi pada ruang tersebut. Ini kerana warna hijau semulajadi mampu memberi satu perspektif yang berbeza dalam ruang yang menonjol.

    VIEW IN GALLERY

    6. Tambahkan bantal-bantal kecil untuk melembutkan kerusi yang kelihatan sedikit “klasik” dan “keras”. Cara ini dapat memberi kelembutan kepada ruang rumah anda.

    Kredit: Ben Firdaus Azraai

    idea dekorasi rumah tips deko rumah tips kekalkan perabot lama
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Ubahsuai Bilik Menggunakan Katil Loft, Sesuai Untuk Ruang Sempit
    Next Article Wanita Ini Bagi Jalan Penyelesaian Untuk Masalah Dapur Rumahnya. Hasilnya?

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.