Apabila tidak ada mood, apa-apa kerja mengurus rumah akan terasa malas hendak dilakukan. Namun jika sebaliknya, segala urusan satu rumah akan diselesaikan tanpa rehat. Dalam FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’, cara seorang wanita bernama Rosidah Ali dalam menggembirakan hatinya adalah dengan mendekorasi rumah kampungnya di Melaka sedikit-sedikit mengikut bajet yang ada.
Bermula dengan menukar sofa di ruang tamu, mood rajinnya beralih kepada langsir dengan menukar day curtain kepada bidai zebra kerana menginginkan sedikit kelainan. Kemudian langsir berwarna biru dari tahun 2021 digunakan semula untuk menambah seri. Apabila sudah bosan, langsir ditukar lagi ke warna putih untuk membenarkan lebih banyak cahaya memasuki rumah.
Hasil Ubah Dekorasi Ruang Tamu Dengan Menukar Langsir Biru & Putih
- Karpet velvet berharga RM 40 dari kedai Pakistan MITC Melaka
- Langsir dari Romantika Ayer Keroh
Beginilah rutin seorang wanita apabila moodnya menjadi sangat rajin. Pasti ada sahaja deko yang ingin diubah, betul?
Kredit: Rosidah Ali
Facebook
RSS