Siapa suka membersihkan rumah dengan baking soda? Ianya bahan kegemaran untuk pembersihan. Berikut 5 cara boleh digunakan untuk membersihkan sekitar rumah.
5 Cara Pembersihan Menggunakan Baking Soda
1. KARPET
Nyahbau karpet dengan meletakkan banyak lapisan baking soda. Biarkan semalaman. Vakum keesokan harinya.
Disclaimer: Pastikan semak manufacturing untuk memastikan baking soda anda boleh digunakan dengan vakum
2. BUANG SAMPAH DAN BAU DARI SALIRAN
‘Buka’ saliran dengan menuang air mendidih ke dalam sinki. Letakkan setengah cawan baking soda, diikuti 1 cawan cuka putih ke dalam saliran, diikuti aliran air paip panas selama 1 minit. Ini akan membantu ‘melonggarkan’ tersumbat kecil dalam saliran dan membersihkan sebarang bau tidak menyenangkan.
3. SINKI
Gosok lembut sinki dari calar dan stain dengan menggunakan sedikit air, sabun pinggan dan beberapa sudu besar baking soda. Ia akan kelihatan seperti baru. Lakukannya sekali seminggu untuk memastikan sinki bersih berkilau. Turut berfungsi pada sinki stainless steel.
4. CERAHKAN PAKAIAN
Letakkan setengah cawan baking soda dalam mesin sebelum memasukkan pakaian putih untuk mencerahkannya. Gunakan pada kitaran basuhan biasa dengan detergen biasa.
5. BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN
Untuk membuang racun perosak, gunakan 1 sudu kecil baking soda dilarutkan dalam 1/2 liter air. Biarkan ia direndam selama 10 – 12 minit sebelum dibilas sepenuhnya.
Selamat mencuba!
Kredit: The Kwendy Home
Facebook
RSS