Buat anda yang masih belum membeli rumah atau sedang merancang untuk membelinya, kami ingin kongsikan 8 tips penting untuk anda tahu dalam memilih ruang dalaman yang baik untuk rumah pertama anda. Tips ini diberikan oleh pakar dan perunding hartanah iaitu Azizul Azli Ahmad. Teruskan membaca!
Tips Ruang Dalaman Rumah Yang Baik, Kata Pakar
– Sebaiknya dapur tidak berada di ruang hadapan berhampiran pintu masuk. Ini kerana soal aurat dan budaya masak kita yang berbeza. Sekiranya tidak ada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata
– Pintu bilik tidak menghadap ruang utama. Sudah tentu kita tidak mahukan orang luar terlihat keadaan dalam bilik kita
– Pastikan siling lebih tinggi agar tangan tidak terkena kipas (sebaiknya berketinggian 10’0″). Semakin tinggi, semakin baik pengudaraan dalam rumah
– Kiblat tidak menghadap bilik air
– Matahari waktu petang tidak menghadap bilik tidur utama kerana kepanasannya boleh bertahan sehingga ke malam
– Mempunyai ruang utiliti. Biar kecil tetapi ia adalah keperluan hidup kita. Nak melakukan apa-apa kerja juga mudah
– Sebaiknya cari rumah yang mempunyai 3 buah bilik dan 2 buah bilik air sebagai permulaan. Elakkan rumah jenis SoHo, SoVo dan SoFo
– Mulakan dengan rumah kecil dan sederhana
Kongsikan informasi ini agar tercapai impian anda untuk memiliki rumah pertama yang baik suatu hari nanti.
Kredit: Azizul Azli Ahmad
Facebook
RSS