Kebiasaan anak lelaki memang sedikit lasak. Sehingga pintu almari pakaian mereka pun boleh tertanggal dibuatnya. Itu yang terjadi kepada seorang ayah kepada 2 orang anak lelaki dari Setiu, Terengganu ini yang memerlukan dia untuk men-DIY sendiri almari yang lebih kukuh menggantikan yang lama. Projek almari jenis terbuka berukuran panjang 5 x 5, lebar 1.5 kaki dan 61 inci untuk pakaian sekolah mereka ini dibuat ‘melekat’ terus ke dinding. Mengambil masa 2 hari untuk menyiapkan rangka dan 1 hari untuk cat mengering, kos keseluruhannya lebih kurang RM 250.
Proses DIY Almari Terbuka
Bahan-bahan:
– 5 batang besi hollow berukuran 1.5 inci x 0.5 inci dan panjang 19 kaki berharga RM 21 (sebatang) dari stor besi dan bumbung
– Kayu hevea board
– Besi jaring diamond mesh (lubang bersaiz 1 inci) berukuran 4 x 8 kaki dan tebal 3 mm berharga RM 90 (sekeping) dari kedai hardware menjual besi
Alatan:
– Mesin welding jenama ACO MZ200 MIG Gasless 3-in-1 dari Mitad Welding & Machinery Sdn. Bhd.
– Grinder pemotong besi
– Sesiku L (untuk membuat sudut 45 selepas pengukuran)
– Pita
– Tukul
– Berus cat
Rangka
Cat alas menggunakan jenama Nippon Paint Economy Undercoat warna White.
Cat jenama Nippon Paint Platone High Gloss kod warna 9103 Black.
Hasil DIY Almari Pakaian Terbuka
Puas hati apabila siap.
Kredit: Izat Akmal
Facebook
RSS