Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Kongsi Deco Rumah Anda
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»DIY ‘Wall Organizer’ & Botol Kaca Hiasan Guna Barang Sedia Ada Je
    DIY

    DIY ‘Wall Organizer’ & Botol Kaca Hiasan Guna Barang Sedia Ada Je

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDAugust 11, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    wall organizer
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.
    Dekorasi rumah yang menggunakan barang terpakai ni tak sama kalahnya dengan menggunakan barang yang baru. Itu menunjukkan kreativiti tuan rumah yang bijak menggunakan barang-barang tersebut. Sama juga dengan Rozita Che Hassan yang memilih barang terpakai untuk hiasan rumahnya. Ditambah dengan aksesori dari Mr. DIY, Puan Rozita telah menghasilkan ‘wall hanging organizer’ dan botol kaca untuk hiasan meja sisi di ruang tamu. Macam mana caranya? Iaitu menggunakan tray peti sejuk yang dah rosak dan tak digunakan, dia menukarnya menjadi sebuah organizer yang digantung di dinding. Sebelum ini, tray itu digunakan sebagai para untuk bekas sabun basuh baju dan kini, ia telah menjadi tempat untuk menyimpan segala bil dan nota-nota penting. Bukan itu saja, ia juga berfungsi sebagai tempat menggantung kunci dan benda-benda lain menggunakan penyepit baju.
    VIEW IN GALLERYwall organizer
    Klip-klip besar dan kecil itu dibeli dari Mr. DIY yang berharga kurang dari RM 4 untuk setiap set, dan semuanya diikat menggunakan tali kabel. Tali kabel ini mempunyai 5 warna yang berharga RM 6.13 (termasuk cutter).
    VIEW IN GALLERYwall organizer 1
    Untuk botol kaca hiasan pula, Puan Rozita menggunakan botol sos spagetti, sticker dan tali jut dari Mr. DIY. Kegunaan sticker dan tali itu adalah sebagai penambah seri botol kaca yang kosong itu. Letaklah aksesori seperti bunga, daun atau apa-apa sahaja di dalam botol untuk melengkapkan hiasan. Akhir sekali, letak di meja sisi, rak atau mana-mana sudut rumah untuk mencantikkan lagi ruang.
    VIEW IN GALLERYbekas hiasan meja
    Kredit: Rozita Che Hassan
    idea deko kreatif idea diy tips jimat guna barang sedia ada
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJemu Dengan Sarung Wingchair Yang Sama? Cuba Idea DIY Ini
    Next Article Baca Tips Ini Untuk Jimatkan Ruang Dalam Bilik Tidur Supaya Lebih Kemas

    Related Posts

    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Dekorasi Rumah Japandi Malaysia: Gaya Minimalis Moden Yang Tenang & Elegan

    May 16, 2026

    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.