Masih Dalam Proses Deko, Ruang Tamu Rumah 2 Tingkat Ini Nampak Begitu Mewah

Musim-musim hujan tambah PKPB ini, waktu kita banyak diluangkan di rumah sahaja. Salah satu aktiviti yang selalu dilakukan di rumah mestilah mengemas rumah, kan. Sama juga seperti Noridah Siamil, walaupun rumahnya masih belum siap didekorasi. Memandangkan dia baru sahaja berpindah masuk pada 2 hari sebelum PKP, banyak barangan yang belum dibeli, oleh itu, rumahnya masih di dalam proses dekorasi. Seperti kebanyakan orang, dia mendeko rumah 2 tingkatnya itu sedikit demi sedikit mengikut bajet.

Perkongsian ruang rumahnya melalui FB group ‘Kelab Kaki Deko’ menunjukkan deko ruang di tingkat bawah, yang difokuskan kepada ruang tamu, manakala tingkat atas sedang di dalam proses untuk disiapkan. Kos keseluruhan menghias seluruh ruang bawah (kecuali di dalam bilik), ruangan keluarga tingkat atas dan bilik tidur utama adalah dalam anggaran RM 16K. Cat pula banyak menggunakan jenama Nippon Paint.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

  • Ruang tamu ini akan ditambah meja kopi dan meja sisi
  • Frame dari IG Shop @kufi.islamic_gallery dan frame iron wall dari G Orange Mall
  • Pasu putih DIY dan pokok Skybird berukuran 180 cm, berharga RM 350+

VIEW IN GALLERY

Pintu menggunakan cat jenama Nippon Paint Q-Glo kod warna Brilliant White.

VIEW IN GALLERY

Lampu chandelier akan ditambah pada ruang makan ini.

VIEW IN GALLERY

Meja kopi akan ditukar nanti.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Kredit: Noridah Siamil

Scroll to Top