Sangat banyak teknik-teknik berkaitan gaya dinding yang boleh dipelajari dalam group-group Facebook berkaitan. Ingin menunjukkan hasil tangan wanita, Faezah Othman berkongsi dinding shiplap yang dihasilkannya seorang diri sambil dibantu oleh anak-anak kecilnya. Berkonsepkan ala kabin, dia menyiapkan shiplap dan cat untuk sebuah bilik, yang terletak bersebelahan rumahnya, dalam tempoh 2 minggu dengan kos RM 1.5K++ (termasuk wainscoting di keliling bahagian bawah). Semua barang dipesan dari Shopee sahaja.
Katanya, bilik ini akan diubah menjadi sebuah pejabat, hasil idea yang diperoleh dari group yang sama.
Bahagian luar menggunakan metal deck.
Proses DIY Dinding Shiplap
Pemasangan plywood dan siling kapur gantung (kos masing-masing dalam RM 1K termasuk barang), dan wiring lampu diupah.
Pada mulanya, dia mempertimbangkan antara wallpaper atau shiplap.
Akhirnya, konsep shiplap dipilih menggunakan papan MDF. Penampalan dimulakan satu persatu menggunakan gam. Proses ini mengambil masa dalam 4 hari.
Cat undercoat.
Hasil DIY Dinding Shiplap Ala Kabin
Cat menggunakan jenama Jotun Majestic True Beauty Sheen kod warna Rustic Pink 12086 dan White 7236.
Lampu track gold.
Letih namun apabila selesai, terasa sangat melegakan, kan? Hati juga puas kerana dilakukan sendiri.
Kredit: Faezah Othman II
Facebook
RSS