Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Atasi Masalah Habuk Kulat Pada Perabot Dengan DIY Dehumidifier Gel Silika Ini
    DIY

    Atasi Masalah Habuk Kulat Pada Perabot Dengan DIY Dehumidifier Gel Silika Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDOctober 4, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Sesiapa yang menghadapi masalah habuk kulat pada rak-rak terutama selepas musim hujan, cubalah DIY dehumidifier menggunakan gel silika. Ikuti cara untuk menyelesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah di bawah ini.

    Langkah-Langkah:

    Sebelum

    VIEW IN GALLERY

    Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah yang diperbuat daripada habuk kayu kerana sifatnya yang mudah menyerap lembapan.

    Jadi, udara di dalamnya sentiasa perlu berada dalam keadaan kering.

    VIEW IN GALLERY

    Gunakan gel silika yang sering terdapat di dalam kotak pembungkusan barang dan beg. Konsepnya seperti produk Thirsty Hippo. Ia menyerap lembapan di dalam udara.

    Beli gel timbang kilo di Shopee atau kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.

    VIEW IN GALLERY

    Bungkus masuk ke dalam bekas dan tebukkan lubang.

    Kristal ini boleh dikitar semula. 1 atau 2 tahun sekali, jemurkan di bawah terik matahari atau salaikan di atas kuali di dapur. Sekiranya membeli gel silika yang boleh berubah warna apabila kandungan air tinggi, lebih mudah untuk dilihat.

    VIEW IN GALLERY

    Bungkus dengan banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, kotak simpanan, beg dan sebagainya.

    1 lagi tips, jika membungkus wayar, dawai besi atau barang di dalam plastik dan diletakkan dalam kotak, pastikan letakkan gel ini bersama-sama kerana udara yang terperangkap di dalam plastik masih terdapat lembapan. Jika dibiarkan, wayar akan berkarat dan perlu dicuci semula. Atau, gunakan plastik yang berlubang untuk pengaliran udara yang baik.

    Selepas

    VIEW IN GALLERY

    Sebelum mengisi barang dan kotak gel, bersihkan kulat, semburkan Dettol Disinfectant dan lap.

    Sesiapa yang sudah mencuba nanti, bolehlah berkongsi keberkesanan dan hasilnya.

    Kredit: Bijen Mohd

    diy dehumidifier gel silika idea diy penyelesaian habuk kulat
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHasil Kerja Kemas Pembinaan Perabot Kayu Pallet Untuk Konsep Moden Industri
    Next Article DIY Rak TV Guna Gypsum Board, Hasilnya Nampak Mahal Seperti Ditempah

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.