Ada rumah nak dijadikan sebagai homestay, sudah pasti akan dihias dengan sebaiknya walaupun sekecil-kecil ruang. Seperti sebuah rumah jenis kondo berkeluasan 750 sqft di Sg. Buloh, Selangor ini. Pasangan Reens Rinizar dan Nizar Mansor telah mendekorasi ruang masuk iaitu pada dinding sebelah pintu masuk bakal homestay mereka. Mari lihat bagaimana hasilnya.
Ruang Masuk Rumah Sebelum Dekorasi
Proses Dekorasi Ruang Masuk Rumah
Kayu (jenis meranti) bersaiz 7 cm lebar dari Chin Chun Hardware Sdn Bhd, Subang.
Lekatkan menggunakan gam kayu. Jika ada yang agak tidak rata, boleh menambah paku.
Hook dari kedai hardware. Asal silver, kemudian dicat spray kepada hitam.
Cat yang digunakan untuk living hall ini adalah jenama Jotun:
Majestic True Beauty Sheen kod warna 1024 Timeless (untuk dinding atas) dan White (untuk dinding panel).
Hasil Selepas Dekorasi Ruang Masuk Rumah
Boleh dijadikan sudut untuk mengambil gambar.
- Kerusi dari material solid wood dari IG Shop @homedecor_byreens.shop
- Karpet dari IG Shop @turkishbazaarmy
- Pokok artificial olive berharga RM 479 dari Shopee
Lampu (warm white) berharga RM 123.20 dari Shopee.
Cat dinding jenama Jotun kod warna Deco Blue.
Bukan sahaja di homestay, untuk rumah anda sendiri juga boleh menggunapakai idea ini.
Kredit: Reens Rinizar