Jika melihat pada hiasan-hiasan deko rumah di bawah ini, pasti ada yang menyangka ia diperolehi dari kedai atau online. Tetapi sebenarnya, semua ini merupakan hasil dari penggunaan barang-barang dari kedai Eco sahaja, kecuali cat gold, double-tape dan gam pistol yang dibeli dari Mr. DIY. Air tangan sepasang suami isteri ini dalam membuat hiasan-hiasan ini tidak menampakkan ianya datang daripada kedai bajet, kerana hasilnya begitu cantik. Lihat 4 aksesori deko yang dihasilkan dari barang kedai Eco di bawah ini.
Aksesori Deko Dinding 1
Hexagon asalnya berwarna coklat, tetapi dicat kepada putih. Pasu pula asalnya berwarna merah jambu, tetapi dicat kepada gold (kod 808) supaya kelihatan mewah.
Gunakan double-tape untuk menampalnya pada dinding.
Kod warna dinding Sandstone.
Aksesori Deko Dinding 2
Daun dan frame dicat gold.
Pasangkan pada dinding menggunakan double-tape. Daun di frame pula dilekatkan menggunakan hot glue (di hujung batang dan bucu daun).
Aksesori Deko Dinding 3
Batang aiskrim.
Gamkan menggunakan hot glue.
Catkan kepada warna gold.
Aksesori Deko 4
Daun berwarna merah jambu dicat spray gold untuk menjadikan warna ala-ala gold pink.
Selamat mencuba idea yang jimat tetapi hasil yang ‘mahal’ ini!
Kredit: Ayunie Afieza Mahadi