Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Petua Awet Kayu Supaya Tahan Lama, Hanya Guna Ubat Gegat & Minyak Diesel
    DIY

    Petua Awet Kayu Supaya Tahan Lama, Hanya Guna Ubat Gegat & Minyak Diesel

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJanuary 19, 2022No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY kerana cantik dan berseni semulajadi selain mudah dibentuk, dicantum dan dikendali. Namun lama-kelamaan akan mereput, tekstur asalnya rosak dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada cuaca, kulat dan serangga. Terdapat petua mengawet kayu supaya tahan lama. Teknik rawatannya sangat ekonomik, hanya menggunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dan minyak diesel.

    Sediakan bahan dalam kuantiti yang bersesuaian dengan jumlah kayu yang hendak dirawat (perlu benar-benar kering). Kebiasaannya, sebungkus ubat gegat untuk seliter diesel mencukupi untuk 1 meter padu kayu. Gunakan topeng pernafasan yang bersesuaian semasa penyediaan dan proses rawatan kerana wap naphthalene berbahaya jika disedut berlebihan.

    Teknik Mengawet Kayu Hanya Guna 2 Bahan Ini

    VIEW IN GALLERY

    Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam diesel. Sapukan dengan berus/penggelek cat atau semburkan ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan terus dijemur bawah matahari.

    Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam/dilicinkan. Pastikan permukaannya sudah benar-benar kering dari kesan berminyak sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas dan tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga jika rawatan dibuat dengan betul. Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun terdedah dengan cuaca panas dan lembap.

    VIEW IN GALLERY

    Kayu terawat yang terbiar atas tanah selama 5 tahun dan diserang anai-anai. Kaedah ini tidak membunuh anai-anai, tetapi kayu selamat dari dirosakkan. Permukaannya masih elok dan dalamannya seperti baru.

    VIEW IN GALLERY

    Rak pokok dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, ia terbiar selama lebih 4 tahun di atas tanah tetapi masih kekal elok.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Semoga bermanfaat!

    Kredit: Atama Aaeman

    petua awet kayu petua kayu tahan lama teknik rawatan kayu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Bar Kopi Mini Gabungan Tema Industrial & Farmhouse Serta Tumbuhan Hijau
    Next Article Simple Dan Jimat, Pasangan Ini Pilih Kabinet IKEA Untuk Dapur Kecil Dan Bajet

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.