Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Seni bina»Buat Pencinta Alam, Saksikan Keindahan Alam Semulajadi Di Villa PulaiThree
    Seni bina

    Buat Pencinta Alam, Saksikan Keindahan Alam Semulajadi Di Villa PulaiThree

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 11, 2021No Comments3 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Dalam suasana dunia kini yang semakin dihimpit dengan kesulitan, kita banyak menghabiskan masa bersama yang tersayang tidak kira samada di rumah mahupun di tempat-tempat yang menarik. Seperti sebuah villa percutian yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini, bukan sahaja memiliki reka bentuk yang memukau, tetapi juga sangat selesa untuk diduduki buat keluarga yang besar. Terletak kira-kira hampir satu jam perjalanan dari ibu kota, PulaiThree Retreat merupakan satu destinasi yang cukup sempurna dari pelbagai aspek. 

    VIEW IN GALLERY

     

    VIEW IN GALLERY

    Lokasinya yang terletak sedikit jauh ke pedalaman membenarkan pengunjung merasai pengalaman bermalam di dalam hutan tetapi dengan cara yang sangat santai. Mana tidaknya, hampir keseluruhan villa itu dikelilingi dengan tingkap kaca jernih, seakan akuarium yang membenarkan anda melihat kehijauan alam di setiap sudut villa. Tak cukup dengan itu, villa yang dilengkapi dengan 6 buah katil dan 2 bilik air ini, turut memiliki sebuah balkoni besar yang berlatar belakangkan kehijauan alam yang memukau!

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Selain reka bentuknya yang moden dan kedudukannya yang strategik, ada beberapa elemen penting di dalam proses pembinaan villa ini yang pereka ingin ketengahkan bagi menjamin keselesaan pengunjung. Antara aspek yang dimaksudkan adalah pengudaraan semulajadi. Menyedari akan lokasinya yang dikelilingi dengan pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan hijau, pereka bijak memasang tingkap-tingkap louvre atau tingkap ‘nako’, untuk menarik udara segar masuk ke dalam villa. Dari pemerhatian, tingkap ‘nako’ yang digunakan merupakan tingkap louvre Breezway, satu jenama tingkap louvre yang berkualiti di Malaysia.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Ada tujuannya mereka menggunakan tingkap louvre ini, berbanding tingkap biasa. Dengan louvre, pengunjung boleh kawal pembukaan bilah mengikut kemahuan dan apabila hujan turun pula, pengunjung masih lagi boleh biarkan tingkap terbuka sedikit untuk dapatkan pengudaraan. Tingkap louvre di villa ini boleh dilihat berada di ruang tamu, bahagian dapur dan juga di bilik-bilik. Sangat praktikal untuk mengelakkan rasa bahang dan memastikan setiap pengunjung boleh menghirup udara segar tanpa perlu keluar.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Elemen seterusnya adalah pencahayaan semulajadi. Tingkap-tingkap jernih yang digunakan di seluruh villa ini berupaya memberikan pencahayaan yang cukup tanpa perlu terlalu bergantung kepada lampu-lampu tiruan. Hampir setiap sudut kediaman ini dilimpahi dengan cahaya semulajadi dari luar. Sangat baik untuk kesihatan dan keselesaan para pengunjung selain menjimatkan penggunaan elektrik.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Secara keseluruhannya, villa ini memiliki kedua-dua elemen penting yang wajib ada di setiap bangunan mahupun rumah. Tidak mustahillah mengapa rata-rata pengunjung memberikan 4 hingga 5 bintang untuk villa ini. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa dan berharap agar pandemik yang melanda dunia kini dapat berakhir supaya kita berpeluang merasai pengalaman yang cukup luar biasa di villa ini.

    Penulisan oleh: Ara

    Kredit: Jannah Abd Rahman

    idea destinasi percutian keindahan alam semulajadi rekabentuk memukau villa
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAtas Permintaan Isteri, Lelaki Ini Bina Ruang Sinki Basuh Tangan Ala Vintage
    Next Article Hasilkan Design Ruang Dapur Dalam Bentuk 3D, ID Ini Kongsi Rupa Bentuknya

    Related Posts

    10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka

    July 27, 2023

    11 Inspirasi Rekabentuk Exterior Rumah Dengan Bidai Yang Cantik & Timeless

    June 20, 2023

    Dekorasi Rumah Teres Ini Sangat Minimalis Konsepnya Bertemakan Palet Neutral

    April 12, 2023

    Kaedah Papan Shera Atau Shera Board, Pilihan Terbaik Untuk Kegunaan Luar Rumah

    April 9, 2023

    Pembinaan Wakaf Gazebo Dari Kayu Seraya Kitam, Lelaki Ini Berkongsi Kaedahnya

    April 4, 2023

    Dekorasi Rumah 2 Tingkat Gabungan Inspirasi Mediterranean & Konsep Japandi

    March 27, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.