Jika sudah bermula aktiviti mengecat, sudah pasti keadaan sekitar ruang kerja akan menjadi comot, termasuklah orang yang melakukan aktiviti tersebut. Tompokan cat akan kelihatan di sana sini dan perlu dibersihkan selepas selesai mengecat. Salah seorang admin FB group ‘Tukang Apa Hari Ini’ iaitu Ben Safwan, berkongsi cara hilangkan kesan cat pada jubin rata yang paling mudah. Usah bimbang, cara ini tidak mencalarkan jubin anda.
Gunakan scrapper yang paling nipis dan apa-apa penyembur (dia menggunakan jenama Magic Clean). Menurutnya, kadang-kala, penyembur tidak diperlukan. Hanya tolak dengan scrapper tajam.
Cara Hilangkan Kesan Cat Pada Jubin Yang Paling Mudah
Peralatan yang diperlukan selain dari kain atau wet-dry vakum.
Tip: Gunakan 2 scrapper supaya mudah membersihkan bucu atau permukaan mata supaya kekal bersih.
Basahkan lantai dengan penyembur.
Selepas itu, tolakkan sahaja dengan scrapper. Selesai! Tidak perlu menunggu.
Kesan cat mulai menghilang.
Ini pula kesan cat air yang terdapat pada bucu jubin.
Letakkan scrapper dan tolak dengan lembut sahaja sudah mencukupi. Selesai!
Sangat mudah, bukan? Semoga bermanfaat!
Kredit: Ben Safwan