Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Bilik Jadi Sarang Kutu Tilam? Jangan Risau. Ikuti 4 Cara Mudah Menghilangkan Pepijat di Tilam Anda
    Bilik Tidur

    Bilik Jadi Sarang Kutu Tilam? Jangan Risau. Ikuti 4 Cara Mudah Menghilangkan Pepijat di Tilam Anda

    RishdanBy RishdanMay 23, 2018Updated:May 10, 2021No Comments4 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Badan anak asyik gatal-gatal?Awasi serangan pijat tilam

    Pernah tak anda dengar tentang pepijat atau nama lain kutu tilam, pijat tilam, pepijat katil, hama tilam, kutu katil atau hama katil.  Tahu tak apa itu pepijat yang selalu menjadi musuh kepada penghuni rumah?

    Jom kita belajar tentang pepijat. Pepijat atau kutu tilam merupakan makhluk halus yang hidup dengan menghisap darah setiap lima ke 10 hari & boleh hidup selama 1 tahun tanpa makanan. Pepijat betina boleh bertelur sebanyak 500 biji sekali. Fuhhh banyaknya!

    VIEW IN GALLERY
    Kitaran hidup pepijat/ hama katil

    Sangat menjijikkan! Makhluk yang halus ini hidup dengan menghisap darah setiap lima ke 10 hari dan boleh hidup selama setahun tanpa makanan. Yang betina boleh bertelur sebanyak 500 biji sekali. Ee gelinya! Gigitan pepijat biasanya tidak menyebabkan keadaan yang serius.Walau bagaimanapun kesan merah serta gatal-gatal yang teruk selepas di gigit pepijat katil biasanya menjadi igauan ngeri untuk penghuni rumah.

    Hama katil ini boleh bergerak dari rumah ke rumah melalui perabot, tempat tidur, bagasi, kotak dan pakaian. Bila makhluk perosak ini mula menyerang rumah anda,cukup susah untuk dihapuskan. Pepijat memang lasak untuk hidup dalam apa keadaan sekalipun. Badan mereka yang leper membantu mereka untuk menyelinap masuk dengan senang ke celah-celah perabot atau lubang lubang kecil pada tilam.

    Jika tilam atau katil anda kini diserang pepijat, jangan ambil tindakan terburu-buru buang tilam. Cuba “Cara Mudah Menghilangkan Pepijat di Tilam” ini.

    Langkah 1 : Periksa secara total untuk mencari kawasan yang menjadi punca pepijat.

    Selalunya pepijat katil akan pilih kawasan berdekatan dengan tempat tidur kita. Ini kerana manusia adalah sumber makanan mereka.Selain itu haiwan seperti kucing juga boleh menjadi mangsa pepijat katil ini. Apa yang perlu anda buat ialah, periksa kawasan tempat tidur dulu. Mulakan dengan katil, semua sarung bantal, tilam dan juga bingkai katil. Jangan biarkan satu perabot pun terlepas dari operasi kita.Periksa juga kusyen sofa, meja sisi katil atau almari pakaian.

    Tanda-tanda ada pepijat di rumah anda :

    Jika ada tanda-tanda seperti di bawah, rumah anda kemungkinan sedang diserang oleh makhluk yang bergelar pepijat atau hama katil ini.

    • Ada bintik hitam seperti dakwat pen disebabkan najis pepijat
    • Kotoran warna coklat kecil sebesar pin pada cadar atau tilam biasanya berpunca dari pepijat yang telah mat.
    • Telur kuning pucat kecil sebesar pin
    • Pepijat yang masih hidup.

    Kini anda sudah jumpa kawasan yang diserang pepijat. Seterusnya apa yang perlu kita buat ialah rancang bagaimana untuk hapuskan pepijat dari rumah.

    Langkah 2. Operasi hapuskan pepijat

    Operasi bermula dengan langkah pengyingkiran pepijat katil.Untuk kes-kes yang teruk rawatan kimia yang lebih kuat & merbahaya biasanya digunakan. Namun untuk kes di rumah sendiri kita boleh guna 3 alternatif di bawah. Jangan lupa untuk ikat barang-barang yang dijangkiti pepijat katil dalam plastik sampah untuk elakkan dari berjangkit ke tempat lain.

    Bunuh pepijat guna haba :

    • Kosongkan mesin basuh dan cuci fabrik seperti selimut, sarung bantal & juga cadar pada suhu 60°C selama 45 minit.
    • Selepas siap basuh, letakkan di dalam mesin pengering selama 30 min pada suhu kepanasan tertinggi. Ini untuk hapuskan telur pepijat.

    2. Sejuk beku:

    Ikat kemas barang yang dijangkiti di dalam beg plastik dan letakkan di dalam ruang sejuk beku peti sejuk selama sekurang-kurangnya10 jam. Cuma pastikan barang tersebut sesuai dibekukan.

    3. Soda bikarbonat:

    • Tuang soda bikarbonat ke dalam mangkuk. Dengan menggunakan berus cat, sapukan ke atas permukaan keras seperti meja sisi katil dan ke dalam retakan yang ada. Sapukan juga ke atas tilam, di antara spring tilam dan juga pada birai katil.
    • Tinggalkan selama seminggu untuk membunuh pepijat serta telurnya.

    Langkah 3 : Vakum

    Vakum seluruh kawasan rumah anda dengan teliti untuk pastikan pepijat benar-benar dihapuskan. Vakum pada semua tempat terutamanya tempat yang kita selalu terlepas pandang seperti pada celah perabot atau sekitar katil. Setelah selesai vakum sila buang segera kandungan vakum tadi ke luar rumah. Curahkan air panas mendidih pada sisa vakum tadi untuk pastikan semua pepijat mati.

    Langkah 4 : Cara mencegah pepijat

    Setelah selesai proses penyingkiran pepijat dari rumah, perlu fikirkan cara untuk mencegah pepijat katil dari berulang. Apa yang anda boleh buat ialah seperti berikut :

    • Pastikan terdapat jarak antara katil dengan dinding atau meja sisi
    • Beli sarung tilam anti pepijat, elakkan sarung tilam mencecah lantai
    • Pasang perangkap pepijat

    Hujung minggu ini boleh buat gotong royong bersama keluarga jika berkelapangan. Jika ianya berat untuk anda buat, panggil saja “pest control company” untuk bunuh pijat tilam.

    cara bunuh pepijat hama katil kutu katil pepijat katil
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDeco Rumah Kecil – 5 tips Hiasan Dalaman Rumah KECIL Tampil MEWAH
    Next Article 7 Langkah Mudah Tanam Kangkung Dalam Besen & Tapis

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    Deko Nurseri Berkonsepkan Boho Dengan Gaya Campuran Untuk Bayi Perempuan

    July 27, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Pembinaan Bilik Dalam Ruang Bawah Tanah Sebagai Suite Tetamu. Selesa & Relaks!

    July 25, 2023

    Ubahsuai Bilik Berkonsepkan Moden Yang Mampu Milik Untuk Kanak-Kanak Lelaki

    July 21, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.