Dekorasi rumah yang bajet mengambil masa kerana dilakukan perlahan-lahan, seperti sebuah rumah apartment subsale lama yang sudah berusia 21 tahun ini. Berkeluasan 800 sqft yang dibeli pada 11 November 2021, ia bertemakan warna putih, hasil cat sendiri oleh pemiliknya.
Hasil Dekorasi Bajet Apartment Lama Tema Putih
Entrance
Cat:
1) Kapur – dinding
2) Lantai – simen
3) Mozek – epoxy (semua termasuk grill hadapan. Hadapan asalnya hijau lumut, dapur campuran biru dan merah jambu, bilik air dan dinding biru)
– RM 130 (5 liter) – Shopee
– 3 – 4 lapisan. Yang pertama dibiarkan mengering 2 – 3 jam sebelum yang kedua
Shiplap menggunakan 4 batang pen marker dan sekeping vinyl (dilekatkan pada dinding, digaris dan ditanggalkan) kedai Eco. 2 – 3 hari selesai.
Pintu sliding balkoni dibuang dan dipasang cermin untuk mengelakkan hujan masuk.
Sofa, meja makan dan aircond secondhand.
- Stiker ‘Family’ beserta jam – Shopee
- Langsir blackout 10 kaki – Nilai
Kabinet sedia ada akan turut bertukar putih.
– Loteng tempat tidur anak 200 cm x 300 cm, dalam 4 kaki (tukang besi Kijang Emas Renovation Works) dibuat untuk menjimatkan ruang disebabkan rumah kecil. Rangka besi, lantai kayu. Kos RM 3.5K
– Kotak grill berjaring
– Meja belajar papan dipasang tukang. Tapak dibuat pada dinding
Cadar 4 inci, bantal – Shopee
Semoga perkongsian ini memberi idea kepada anda yang ingin mendekorasi rumah cara bajet.
Kredit: Nuraziz Muhammad