Daripada Dapur Dengan Warna Bercampur, ‘Makeover’ Kepada Serba Putih

Kebanyakan orang suka menetapkan satu warna tema untuk satu ruang atau keseluruhan di dalam rumah. Nampak lebih teratur begitu. Nurul Ismail juga sudah lama menginginkan ruang dapur bertemakan serba putih tetapi untuk mendapatkan yang baru, agak mahal kosnya. Tambahan pula, belanjanya yang telah dikumpul sedikit demi sedikit telah dikeluarkan untuk membeli kabinet dapur pasang siap yang sedia ada kini. Namun, warnanya bercampur dengan lantai biru yang nampak tidak sepadan.

Deko lama dapurnya menggunakan wallpaper yang bertahan selama 3 tahun. Oleh itu, untuk mendapatkan dapur idaman tetapi dengan bajet yang rendah, maka dia telah melakukan ‘makeover’ pada ruang dapurnya itu dengan cara yang sama. Dalam masa 2 hari, daripada dapur dengan warna yang bercampur, akhirnya berubah kepada tema serba putih, hasil kerja oleh Nurul sendiri. Walaupun bersaiz kecil, ia cukup untuk keluarga kecilnya. Apapun katanya, kita tetap perlu bersyukur seadanya.

SEBELUM

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

  • Tempat menggantung kuali, periuk dan senduk dari IKEA
  • Kabinet dan rak dari kedai perabot. Kos semua kabinet dalam RM 3++++
  • Dapur memasak jenama Faber

VIEW IN GALLERY

SELEPAS

VIEW IN GALLERY

Keseluruhan ruang dapur ini termasuk alas kaki menggunakan wallpaper sahaja dari Shopee.

  • Lantai menggunakan jenis PVC sebanyak 12 meter yang sedikit tebal dari dinding (kos RM 100)
  • Untuk dinding, 3 gulung digunakan (10 meter untuk segulung)
  • Kabinet juga dari jenis PVC tetapi lebih licin, dan sebanyak 3 gulung digunakan untuk semua kabinet

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Rak putih dari pasaraya Giant.

Sempena musim PKP ini, daripada tidak melakukan apa-apa di rumah, apa kata kita menghasilkan sesuatu untuk mencantikkan lagi ruang dalam rumah seperti yang dilakukan Nurul ini.

Kredit: Nurul Ismail

Related Posts

DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

Mahu mencipta rupa fluted pada perabot lama? Sebuah nightstand lama sedia ada beberapa tahun lalu ini diubahsuai semula, memberikan rupa diinginkan untuk bilik pelangi. Mahu berjimat seboleh…

DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

Semua orang menyukai pelangi. Disebabkan itu, sebuah projek DIY dinding accent pelangi ditambah ke bilik kanak-kanak perempuan untuk hari lahirnya yang ke-5 tahun. Mengambil inspirasi dinding siling…

DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

Projek DIY wainscoting shiplap sangat menyeronokkan kerana cukup mudah namun menjadi statement besar, seperti yang dilakukan dalam sebuah nurseri ini, kontras dengan wallpapernya. Bersedia untuk mentransformasikan ruang!…

DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

Projek DIY boleh menjadi sangat terapeutik terutamanya apabila ia sesuatu yang istimewa, seperti ubahsuai dresser kayu ceri untuk sebuah nurseri ini dengan sentuhan peribadi. VIEW IN GALLERY…

Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

Cat hijau biru pilihan popular untuk interior rumah. Kedua-dua warna ini saling melengkapi dengan baik apabila digabungkan. Hijau menambah warmth manakala biru menambah kesegaran pada ruang. Bawahnya…

6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

Salah satu trend utama dapur, memasukkan warna kabinet mushroom dalam design. Ianya warna popular pilihan selama bertahun-tahun untuk design dapur timeless dengan warna neutral. Bawahnya beberapa inspirasi…