Musim duduk di rumah ini bagus juga jika kita melakukan aktiviti dekorasi rumah yang tertangguh. Itulah yang dilakukan oleh Mohd Fairuz apabila kerajaan melaksanakan PKPB di Selangor pada bulan 10 tahun lepas. Aktiviti ini dikongsikan oleh isterinya iaitu Cik Amy yang menceritakan bahawa suaminya yang tinggal di Banting berseorangan, membuat keputusan untuk men-DIY dan menggantung sendiri langsir rumah mereka yang sudah lama dibeli. DIY ini lebih jimat dengan modal RM 50 sahaja untuk 4 buah frame tingkap dan 2 buah frame pintu bilik.
Lihat hasil kerja suaminya DIY langsir yang dilakukan secara sendirian sahaja ini di bawah.
- L bracket berharga RM 1.60 satu
- U clip berharga 60 sen satu
- Tambahan, beli bolt dan nut, kemudian PVC end cap berharga 60 sen satu
Paip PVC sudah dipotong lebih awal di kedai. Jadi, anda perlu mengukur terlebih dahulu lebar tingkap dan pintu anda.
Sekaki berharga RM 1. Maka, dapat sebanyak 28 kaki untuk semua tingkap dan pintu bilik.
Cuba dahulu di kedai. Jika semuanya OK, baru teruskan pembelian.
Boleh membeli tali kabel sekali untuk mengunci atas skru itu nanti.
Pastikan anda drill lubang L bracket ini dengan kemas. Jika tidak, ia berkemungkinan akan tercabut.
Akhirnya siap!
Ini merupakan ruang tamu. Langsir pula dibeli oleh Amy dari Shopee sahaja. Cari ‘Gdeal curtain’.
Murah kan? Boleh lah cuba untuk rumah anda. Jimat banyak!
Kredit: Cik Amy WD
Gallery of DIY Dan Gantung Sendiri Je Langsir. Lebih Jimat Dengan Modal RM 50 Sahaja
Tags: #diy langsir rumah #idea diy #idea diy yang jimat