Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Dapur»Peti Ais Tak Rasa Sejuk? Ikuti Langkah Untuk Atasinya Di Sini. DIY Sendiri Je
    Dapur

    Peti Ais Tak Rasa Sejuk? Ikuti Langkah Untuk Atasinya Di Sini. DIY Sendiri Je

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDFebruary 7, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Pernahkah anda mengalami situasi apabila tiba-tiba peti ais bahagian atas beku tetapi bahagian bawah tidak terasa sejuk, ataupun kedua-dua bahagian atas dan bawah kurang sejuk? Punca kepada masalah ini selalunya adalah defrost thermostat atau defrost sensor yang rosak. Jadi, kami ingin berkongsi langkah untuk mengatasinya di sini dengan menunjukkan di mana dan cara untuk menukar sensor tersebut. Boleh membelinya secara online, dengan modal lebih kurang RM 12 sahaja. Lebih jimat kerana hanya DIY sendiri.

    Apa yang diperlukan:

    – Off power

    – Screwdriver

    – Tali kabel

    – Defrost thermostat

    – Shrink tube atau selotep hitam

    – Pengering rambut (optional)

    VIEW IN GALLERY

    Rupa sebelum dibuka, menggunakan klip (petak kecil kiri dan kanan atas sekali) atau screw mengikut model.

    VIEW IN GALLERY

    Buka penutup bahagian atas peti. Keadaan beku menyebabkan bahagian bawah menjadi tidak sejuk.

    VIEW IN GALLERY

    Jika tidak mahu menunggu ais mencair sendiri, gunakan pengering rambut untuk ia cepat cair. Tadahkan bekas supaya mudah untuk membuang cairan tersebut.

    VIEW IN GALLERY

    Sesudah cair, potong tali kabel dan keluarkan sensor (tiub berwarna pink).

    VIEW IN GALLERY

    Bawah adalah yang baru.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Potong wayar asal dan sambungkan pada yang baru. Kemaskan menggunakan heat shrink tube (hijau) atau selotep hitam.

    VIEW IN GALLERY

    Letakkan pada posisi asal dan bahagian metal sensor menghala ke bawah. Gunakan tali kabel dan ikat semula dengan kemas. Tutup cover dan siap.

    VIEW IN GALLERY

    Rupa defrost thermostat. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk. Terpulang untuk gunakan yang mana, fungsinya tetap sama.

    Untuk menguji ianya OK atau tidak, boleh gunakan multimeter untuk periksa ‘continuity’nya. Dalam keadaan tidak sejuk, tiada continuity manakala apabila sejuk, ada continuity.

    Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk anda yang memerlukan!

    Kredit: Jannatun Naim

    langkah baiki peti ais tak sejuk penyelesaian peti ais bermasalah tips peti ais kembali sejuk
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDaripada Dapur Dengan Warna Bercampur, ‘Makeover’ Kepada Serba Putih
    Next Article Tips Memasang Vinyl Flooring (Self-Adhesive) Dalam Rumah Secara DIY

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

    July 28, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.