Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Bilik Tidur»Deko Bilik Tidur Rumah Kampung Untuk 3 Anak Dara. ‘Pinky’ Dan Comel!
    Bilik Tidur

    Deko Bilik Tidur Rumah Kampung Untuk 3 Anak Dara. ‘Pinky’ Dan Comel!

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDNovember 11, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Perempuan dan warna merah jambu berpisah tiada. Itulah ungkapan yang terlintas di minda sebaik sahaja melihat dekorasi bilik tidur yang dikongsikan oleh Sara Sumayya ini. Bilik tidur yang dihias khas untuk 3 orang anak perempuannya begitu comel dan simple, sehingga tidak menyedari bahawa ianya adalah sebuah rumah kampung.

    Memandangkan gaya tidur anak-anaknya yang agak lasak jadi, tempat tidur mereka telah diletakkan di bawah. Selain itu, dia hanya menggunakan barangan yang telah sedia ada seperti almari, drawer dan cadar yang telah dibeli bertahun lamanya. Namun, ianya tetap menambahkan seri dalam bilik tidur ini.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    • Drawer beserta kotak jenama Trofast berukuran 99 x 44 x 56 cm berharga RM 256 dari IKEA
    • Frame dari Romantika
    • Karpet bulu bersaiz besar berharga RM 80, dibeli online sewaktu clearance sale pada 5 tahun lepas. Boleh basuh menggunakan water jet untuk mengekalkan gebu karpet

    VIEW IN GALLERY

    Asingkan mengikut jenis alatan permainan di dalam kotak. Kotak-kotak di atas meja boleh didapati di kedai RM 2.

    VIEW IN GALLERY

    Bantal peluk panjang diletakkan untuk anak yang jenis tidur lasak.

    VIEW IN GALLERY

    Asal warna katil baby adalah coklat lembut tetapi ditukar ke warna putih menggunakan cat jenis minyak jenama Juton.

    VIEW IN GALLERY

    Almari pakaian anak berharga RM 150 dari Home Deco (dibeli sewaktu clearance sale).

    VIEW IN GALLERY

    Buku-buku bacaan anak diletakkan di dalam kotak untuk mengelakkan habuk.

    VIEW IN GALLERY

    • Asal warna bingkai tingkap adalah coklat tetapi dicat ke warna putih
    • Langsir berharga RM 30 setiap satu dari Romantika. Beli 2 set untuk 2 panel tingkap
    • Penyangkut langsir dari kain perca berharga RM 5 dari Daiso, dan dijahit sendiri. Boleh dapat 4 keping penyangkut langsir
    • Bekas meletak alatan pensil jenama Sunnersta, berharga RM 2.90 setiap satu dari IKEA. Dengan ukuran 12 x 11 cm, ia didatangkan bersama rail, boleh pasangkan drill pada dinding

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    • Rak Trofast saiz kecil berwarna coklat lembut berharga RM 100 digunakan untuk menyimpan stationary
    • Bekas putih berharga RM 8 sebuah dan penutupnya berharga RM 3. Jumlah kos adalah RM 133 ++
    • Frame dari Kaison, dan rak meletak frame dari Daiso (board berharga RM 5.90 dan besi penggantung RM 2 setiap satu)
    • Rak troli dari Tesco

    Kredit: Sara Sumayya

    deko bilik tidur anak perempuan idea deko bilik tidur tema merah jambu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleProjek ‘Makeover’ Bilik Pengantin Konsep Modern Farmhouse / Scandinavian
    Next Article Rupa Rumah Usia 20 Tahun Yang Kekalkan Perabot & Dekorasi. Klasik Betul!

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.