Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Deko Ruang Tamu Ala ‘Jungle’, Inspirasi Dari Restoran Di Mexico
    Idea Dekorasi

    Deko Ruang Tamu Ala ‘Jungle’, Inspirasi Dari Restoran Di Mexico

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 11, 2020Updated:December 12, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Ada yang sukakan deko ruang tamu ala ‘jungle’ seperti ruang tamu kediaman Aida Haryanti? Dia telah mendekorasi ruang tamu rumahnya yang dipenuhi dengan tanaman pokok hijau, inspirasi ketika dia menetap di luar negara iaitu Mexico. Ceritanya, sewaktu di sana, dia pernah mengunjungi sebuah restoran dengan deko ala ‘jungle’. Suasananya yang sejuk membuatkan Aida menggunakan konsep yang lebih kurang sama untuk rumahnya. Sesuai untuk peminat pokok kerana deko ruang tamu gaya ini kelihatan menenangkan dan sejuk mata memandang.

    Dalam gambar yang dikongsinya, ada sebuah patung biri-biri dan lapik kerusi bangku warna-warni yang dibawanya dari Mexico. Dia juga terfikir untuk membawa beberapa barangan lagi dari sana untuk hiasan dinding rumahnya.

    VIEW IN GALLERY

    Aida mula berjinak-jinak dengan pokok sejak Jun 2020. Dia banyak mengikuti page-page dari luar negara dan cuba meniru gaya mereka mengikut kesesuaian di Malaysia. Nasihatnya untuk yang ingin membela pokok dalam rumah, kenalpasti pokok anda terlebih dahulu dan perlu mempunyai ilmu berkenaannya.

    Kebanyakan pokok dalam rumahnya adalah dari jenis sanseveria, pothos, rubber plant, palm, spider plan yang mana jenis-jenis ini hanya disiram apabila perlu atau apabila tanah kering. Tidak perlu untuk menyiram mereka pada setiap hari, hanya 1 – 2 minggu sekali atau sebulan sekali sudah mencukupi.

    VIEW IN GALLERY

    Bagi pencahayaan pula, boleh lihat cara Aida menempatkan pokok-pokoknya, sama ada di tepi tingkap atau tepi pintu. Deko ruang tamu ini sahaja yang mempunyai pokok kerana ia paling banyak mendapat cahaya matahari, sesuai dengan pokok dalam kategori cahaya sederhana dan rendah. Dalam sebulan sekali pokok-pokok ini akan dijemur di luar rumah untuk mendapatkan cahaya pagi. Untuk pasu kecil pula dalam 2 atau 3 minggu sekali.

    VIEW IN GALLERY

    Untuk yang mempunyai anak-anak kecil, ajar perlahan-lahan dengan melibatkan mereka setiap kali penanaman pokok di luar. Ini kerana penanaman pokok bagus sebagai ‘sensory play’ untuk mereka. Ajarkan mereka meletak tanah dalam pasu, menyiram pokok, mencabut rumput kecil dan lain-lain.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Kredit: Aida Haryanti

    deko ruang tamu ala jungle idea deko menarik idea deko ruang tamu
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Deko Ruang Tamu Rumah Kuarters Dalam Versi Bajet Rendah Sahaja
    Next Article Dah Lama Idam, Wanita Ini Dapat Kejutan Katil Sofa Pemberian Sahabat

    Related Posts

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.