Deko Rumah Kecil Dengan Kos Rendah, Bertemakan Ala Farmhouse Moden

Rumah yang bersih dan kemas merupakan antara terapi jiwa dan minda kita. Dalam menjalani kehidupan, suasana persekitaran memainkan peranan yang sangat penting, termasuklah dalam kediaman sendiri. Cara ini dapat dicapai dengan menghias dan menyusun atur rumah mengikut kehendak dan keselesaan penghuninya. Dalam FB group ‘Deco Rumah Cara Jimat (DRCJ)’, seorang wanita iaitu Zaleha Dullah berkongsi dekorasi rumah kecilnya yang berkeluasan 850 sqf dengan anggaran kos yang rendah. Berfokus pada ruang tamu, tema deko yang dipilihnya adalah ala-ala farmhouse yang lebih moden. Dia turut menyukai warna natural yang dapat dilihat pada penggunaan perabot-perabot di ruang ini.

Hasil Dekorasi Rumah Kecil Bertemakan Ala Farmhouse Moden

VIEW IN GALLERY

Wallpaper dari kedai Eco, menggunakan lebih kurang 30 – 40 keping.

VIEW IN GALLERY

  • Penyangkut dari Romantika
  • Beg dari kedai bundle

VIEW IN GALLERY

Rak TV, meja kopi dan meja makan dari kedai perabot Novelle Home Sdn. Bhd. Bangi.

VIEW IN GALLERY

  • Karpet dari Romantika
  • Langsir dari Kaison

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

  • Rak bangku dari IKEA
  • Pasu dari Kaison

Menurutnya, walaupun kecil, apa yang penting adalah ianya membuatkan minda dan matanya jauh berasa lapang dan tenang. Diharapkan perkongsian ini membantu mereka yang tercari-cari inspirasi untuk menghias rumah yang kecil dengan kos sederhana.

Kredit: Zaleha Dullah

Related Posts

DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

Mahu mencipta rupa fluted pada perabot lama? Sebuah nightstand lama sedia ada beberapa tahun lalu ini diubahsuai semula, memberikan rupa diinginkan untuk bilik pelangi. Mahu berjimat seboleh…

DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

Semua orang menyukai pelangi. Disebabkan itu, sebuah projek DIY dinding accent pelangi ditambah ke bilik kanak-kanak perempuan untuk hari lahirnya yang ke-5 tahun. Mengambil inspirasi dinding siling…

DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

Projek DIY wainscoting shiplap sangat menyeronokkan kerana cukup mudah namun menjadi statement besar, seperti yang dilakukan dalam sebuah nurseri ini, kontras dengan wallpapernya. Bersedia untuk mentransformasikan ruang!…

DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

Projek DIY boleh menjadi sangat terapeutik terutamanya apabila ia sesuatu yang istimewa, seperti ubahsuai dresser kayu ceri untuk sebuah nurseri ini dengan sentuhan peribadi. VIEW IN GALLERY…

Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

Cat hijau biru pilihan popular untuk interior rumah. Kedua-dua warna ini saling melengkapi dengan baik apabila digabungkan. Hijau menambah warmth manakala biru menambah kesegaran pada ruang. Bawahnya…

6 Inspirasi Kabinet Warna Mushroom Yang Cantik Untuk Dapur Timeless & Neutral

Salah satu trend utama dapur, memasukkan warna kabinet mushroom dalam design. Ianya warna popular pilihan selama bertahun-tahun untuk design dapur timeless dengan warna neutral. Bawahnya beberapa inspirasi…