Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • DIY
      • Viral
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Isteri Rimas Dengan Tudung Tergantung? Lihat Idea DIY Almari Tudung Ini
    DIY

    Isteri Rimas Dengan Tudung Tergantung? Lihat Idea DIY Almari Tudung Ini

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDJune 24, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Buat para suami, adakah isteri anda pernah mengadu akan perasaan rimasnya melihat tudung-tudungnya yang tergantung di penyangkut? Jika ya, anda boleh cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan idea projek DIY almari tudung ini. Perkongsian idea oleh Shafiq ini adalah hasil kerjasama bersama adiknya, Muhammad Safuan untuk isterinya, Nur Nazeerah. Tempoh masa yang diambil hanyalah sehari.

    Bahan-Bahan Dan Alatan Yang Digunakan

    VIEW IN GALLERY

    – 2 batang paip PVC putih berukuran 4 inci dan 19 kaki panjang (untuk sebatang) berharga RM 76

    – 6 keping engsel pintu berharga RM 9

    – 2 keping pemegang pintu berharga RM 4

    – Plywood 12 mm tebal berharga RM 65 dari kedai hardware (lebihan ketika membuat almari)

    – Gam berharga RM 2 dan skru

    – Kertas pasir bersaiz 400 dan syelek (1 liter) berharga RM 20

    Kos keseluruhan adalah RM 109.

    VIEW IN GALLERY

    – Mesin pemotong kayu (miter saw) berharga RM 575

    – Gergaji

    – Hand drill

    – Mesin kertas pasir

    Proses DIY Almari Tudung

    VIEW IN GALLERY

    – Potong paip menggunakan miter saw kepada ukuran 6 inci. Sebatang boleh mendapat lebih kurang 34 – 35 keping. Selepas itu, gosokkan dengan kertas pasir supaya licin

    – Cantumkan paip yang dipotong menggunakan gam

    – Ukur berapa besar keluasan plywood yang dikehendaki untuk membuat almari dan potong

    VIEW IN GALLERY

    – Sambungkan plywood yang sudah dipotong menggunakan gam dan skru. Dinding belakangnya pula menggunakan gam dan paku

    – Masukkan cantuman paip ke dalam almari. Kemudian, pasangkan pintu

    – Gosokkan semua permukaan plywood

    – Sapukan syelek pada plywood supaya lebih cantik

    Hasil DIY Almari Tudung Khas

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Diharapkan para isteri berpuas hati dengan almari yang dihasilkan khas untuk anda ini.

    Kredit: Shafiq Abdul Hamid

    diy almari tudung idea almari tudung bajet idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Projek DIY Siling L Box Yang Mudah & Jimat Kos. Tak Perlu Upah Kontraktor
    Next Article Deko Rumah Kecil Dengan Kos Rendah, Bertemakan Ala Farmhouse Moden

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.