Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»Idea Dekorasi»Deko Rumah Kuarters Gaya Bohemian, ‘Mood’ Nampak Nyaman Dan Tenang
    Idea Dekorasi

    Deko Rumah Kuarters Gaya Bohemian, ‘Mood’ Nampak Nyaman Dan Tenang

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 15, 2020Updated:December 17, 2020No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Mata mesti akan terpandang rumah yang kemas, bersih dan tenang setelah letih pulang dari kerja, kan. Sebab itu pentingnya deko dan susun atur rumah yang boleh memberi ketenangan dan ‘sejuk’ dalam hati. Walaupun bukan rumah sendiri, tetapi kita akan tinggal lama di situ dan pentingya menjaga tempat tinggal seperti rumah sendiri untuk diri dan keluarga.

    Deko Rumah Kuarters Gaya Bohemian

    Ini merupakan kali ke-2 Fizza Razali menukar konsep deko selepas beberapa tahun menetap di kuarters kerajaan ini, antara kuarters yang paling awal dibina. Deko yang dipilih kali ini adalah deko gaya bohemian yang lebih ke arah nyaman. Ini kerana terdapat pokok-pokok hijau yang menjadikan suasana dalam rumah redup. Kebanyakan barangan deko pula dari IKEA, Kaison dan Shopee.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Wallpaper dari Kaison.

    VIEW IN GALLERY

    Cermin dan lampu dari IKEA. 1 set mempunyai 4 buah cemin.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Sedikit penerangan tentang konsep Bohemian oleh Fizza:

    Ia adalah konsep yang meraikan warna, tekstur termasuk unsur-unsur segar dari alam. Biasa dikaitkan dengan gaya hidup kreatif selain tidak terikat dengan peraturan menghias tertentu. Pilihan pokok tidak terbatas, boleh menggunakan tumbuhan hijau dalam pasu atau yang digantung, sama ada segar atau plastik. Material perabotnya dari alam semulajadi sama ada buluh atau rotan dan warna kayunya adalah neutral.

    VIEW IN GALLERY

    Laluan ke ruang dapur.

    Kuarters ini jenis memanjang, jadi tidak ada pembahagi. Dari ruang tamu akan terus terlihat ruang dapur. Oleh itu, pembahagi dari material plastic PVC diletakkan.

    VIEW IN GALLERY

    Di ruang balkoni, blind dari buluh dipasang supaya panas matahari dan hujan tidak terlalu memancar dan menempias masuk ke rumah.

    VIEW IN GALLERY

    Konsep bohemian mementingkan elemen motif pada perabot dan aksesori. Bagi memaksimumkan gaya itu, pilih sofa bercorak dan motif berbeza pada karpet, langsir, sarung kusyen, selimut dan sebagainya.

    Kredit: Fizza Razali

    deko gaya bohemian deko rumah kuarters idea deko rumah
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleIdea Deko Ruang Dapur Kecil Bajet Rendah, Dengan Menambah Ruang Laundry
    Next Article Dekorasi SOHO Berkeluasan 550 Kps, Lintas Jalan Sahaja Untuk Ke Pejabat

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023



    Subscribe to our Newsletter

    © 2025 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.