Walaupun sekadar sebuah rumah setinggan, tidak bermakna ia tidak boleh menjadi sebuah ‘rumahku syurgaku’. Tambahan pula sekiranya ia milik insan tersayang yang sudah bertapak lama. Lihat sahaja rumah yang berusia 40 tahun lebih, berlokasi di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru yang telah diubahsuai di bawah ini. Terletak di pinggir paya, rumah kepunyaan arwah ibu mertua kepada Foziahton Mat Isa ini dibaiki akibat serangan anai-anai yang teruk.
Mengambil masa hampir 4 minggu, kos untuk keseluruhan ruang yang terlibat adalah dalam RM 25K. Selepas mengecat (dibantu oleh anak sulungnya) dan mendeko mengikut kreativiti sendiri dengan hanya menggunakan barang yang ada, terhasil rupa baru rumah yang diidamkan.
Hasil Dekorasi Baru Rumah Kampung Usia 40 Tahun
Menurutnya, asalnya terdapat 3 buah bilik, tetapi dijadikan 2 buah sahaja (sebuah untuk anak bongsu) disebabkan anak-anaknya sudah berkahwin.
Rak penutup periuk dan bidai dari Mr. DIY.
Memandangkan dia mengusahakan jualan bunga di KakG’Collection (Facebook), semua bunga telah digubahnya sendiri.
Lantai menggunakan tikar getah (di laman dari Shopee).
Cat menggunakan jenama Smart Paint warna Grey Executive.
Kepuasannya dapat dirasai apabila melihat hasil ubahsuai yang mengagumkan begini.
Kredit: Foziahton Mat Isa