Guna Kaedah Penanaman Menegak Untuk Jimat Ruang Ketika Bercucuk Tanam

Nak menjimatkan banyak ruang dalam bercucuk tanam? Gunakan kaedah penanaman menegak menggunakan sebuah bakul khas ini, seperti yang dikongsikan oleh Zulfarhan Norizat di bawah. Bukan sahaja boleh menanam sebanyak 30 pokok, kedudukan setiap bakul pokok juga boleh diubah-ubah. Bercerita mengenai tanamannya, pokok daun sup dan bendi yang ditanam pada 28/7/2020, bayam Brazil pada 29/7/2020, dan set yang kecil iaitu cili, daun sup dan sawi pada 3/10/2020 kini sudah naik meninggi.

Kaedah Penanaman Menegak Yang Jimat Ruang

VIEW IN GALLERY

Berharga RM 300+ dari Shopee, disangkut pada frame aluminium dan boleh dipasang pada dinding.

Sesuai dengan sayur-sayuran jenis berdaun seperti sawi, bayam, salad dan lain-lain. Jika jenis berbuah, boleh menanam pokok yang kecil sahaja seperti cili, bendi, tomato dan lain-lain.

VIEW IN GALLERY

Tanah baja dari nurseri.

Di dalam bakul ini terdapat takungan air. Jadi, tidak mengapa sekiranya tidak disiram selalu selagi air dalamnya tidak mengering.

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

VIEW IN GALLERY

Ini di rumah rakannya jenis flat. Ia diletakkan di balkoni supaya mudah terkena matahari.

VIEW IN GALLERY

Ini pula di rumah ibu dan ayahnya.

Diharapkan perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada sesiapa yang berkeinginan untuk bercucuk tanam, tetapi tidak mempunyai ruang untuk melakukannya.

Kredit: Zulfarhan Norizat

Tags: #cara tanaman jimat ruang #idea jimat ruang tanaman #kaedah tanaman menegak

10 Idea Kombo Warna Pintu Hadapan + Bidai Luar Rumah Yang Mungkin Anda Suka
Tunjukkan personaliti dan tingkatkan tarikan rumah dengan salah satu idea kombo warna pintu
Dekorasi Ruangan Tetamu Bertemakan Warna Biru Serta Taman Mini Gaya Simple
Ramai pemilik rumah teragak-agak untuk menggunakan sesetengah warna terutamanya yang gelap, terang dan
Jadi Terapi Minda, Dekorasi Ruang Garaj Kereta Ini Bertemakan Taman Mini Simple
Semua orang memerlukan terapi minda, terutamanya di kediaman sendiri kerana itulah tempat tinggal
Modal Hanya RM 3K, Lelaki Ini Bina Sendiri Kolam Impian Di Halaman Rumah
Walaupun berkali-kali putus asa, lelaki ini tetap menguatkan semangatnya demi ingin melihat hasil