Siapa yang tidak suka duduk dalam suasana rumah yang lapang, terutamanya jika ruang kecil, kan. Disebabkan itulah dekorasi yang dilakukan pada rumah adalah bertahap minimum sahaja. Contoh telah ditunjukkan oleh seorang wanita bernama NorHaiza Yahya dalam dekorasi rumah jenis PPR berkeluasan 650 sqft di bawah ini. Kongsinya melalui FB group ‘Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY’, dia turut menyukai rumah yang kelihatan lapang dan bersih dengan penggunaan warna putih.
Hasil Dekorasi Yang Lapang Ruang Kecil Bertemakan Putih
Semua dekorasi dilakukan bersama suami. Kebanyakan barang dari IKEA seperti cermin bulat, pokok tiruan, kabinet laci berharga dalam RM 1200, karpet dan sangkar pokok.
- Sarung sofa berharga RM 51 (termasuk penghantaran) dan kerusi beserta alas dari Shopee
- Langsir dan frame gambar di ruang makan dari Kaison
- Meja makan marble dan besi berwarna kayu berukuran 1500 x 900 mm berharga RM 1190 (termasuk penghantaran) dari Manja Living Home Concept (Facebook)
- Dinding dipasang wallpaper glitter, manakala garisan dibuat sendiri
- Lampu dari GM Klang
- Pokok besar berharga RM 200
Lantai kayu dari EzyFloor (upah pemasangan).
Nampak luas kan, walaupun hakikatnya kecil sahaja.
Kredit: NorHaiza Yahya
Facebook
RSS