Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Suami Ini Realisasikan Impian Isteri Dengan DIY Kabinet TV Cantik Kos RM 500
    DIY

    Suami Ini Realisasikan Impian Isteri Dengan DIY Kabinet TV Cantik Kos RM 500

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 12, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Melihatkan kabinet TV yang cantik dalam group dekorasi, pasti timbul keinginan. Namun, kebanyakannya berharga RM 1200 – RM 2000. Kesudahannya, bagi merealisasikan impian, seorang suami bernama Amri Hasim membuat projek DIY kabinet TV berukuran 8 x 8 kaki dengan anggaran kos keseluruhan dalam RM 500. Idea dan cara DIY banyak dirujuk dari FB group ‘Tukang Apa Hari Ini’.

    Terdapat barang dari Shopee seperti shiplap dan lampu LED, manakala selebihnya dari kedai hardware seperti cat. Setelah seminggu bertukang, akhirnya ia siap. Jadi, beginilah hasilnya.

    VIEW IN GALLERY

    Langkah-Langkah DIY Kabinet TV

    VIEW IN GALLERY

    1) Lukiskan/lakarkan ukuran di atas kertas mengikut imaginasi dan citarasa masing-masing

    VIEW IN GALLERY

    2) Buatkan rangka menggunakan 10 batang kayu berukuran 1 x 2 x 12 inci (kos RM 84). Buatkan bentuk L untuk mendapatkan ukuran 3 inci. Pastikan saiz rangka lebih kecil dari ukuran papan supaya boleh menyembunyikan lampu

    VIEW IN GALLERY

    3) Rancangkan wayar. Contoh sekiranya hendak memasang lampu LED

    VIEW IN GALLERY

    4) Pasangkan 2 keping papan berukuran 4 x 8 kaki dan tebal 12 mm (kos RM 110)

    VIEW IN GALLERY

    5) Pasangkan 32 keping shiplap berukuran 4 kaki (berharga 55 sen – RM 3.28) menggunakan gam. Jarakkan dengan 2 batang kayu aiskrim dari kedai Eco

    VIEW IN GALLERY

    6) Catkan sebanyak 2 liter (berharga RM 72). Bahagian ini dilakukan oleh isteri

    DIY menggunakan kayu ini bagus kerana warna cat boleh ditukar pada masa akan datang

    VIEW IN GALLERY

    7) Pasangkan lampu LED (berukuran 10 m berharga RM 12.99 – RM 48.49. Terdapat 15 warna) pada rangka. Lebihan papan dibuat rak

    Hasil DIY Kabinet TV Impian Kos RM 500

    VIEW IN GALLERY

    Selamat ber-DIY!

    Kredit: Bazilah Wahat

    diy kabinet tv idea bina kabinet tv idea diy
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLelaki Kongsi Caranya DIY Awning Kecil Untuk Masalah Tempias Air Hujan
    Next Article Sempena Hari Lahir Isteri, Lelaki Ini ‘Hadiahkan’ Bilik Laundry Idaman Hasil DIY

    Related Posts

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    Idea Warna Cat Hijau Biru Yang Cantik Untuk Dinding. Boleh Dicuba Di Rumah!

    July 28, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.