Close Menu
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    • Idea Dekorasi
      • Langsir Terkini
      • Bilik Tidur
      • Ruang Tamu
        • Perabot
      • Dapur
      • Kabinet Dapur
    • Ubahsuai
      • Seni bina
      • Inspirasi
    • Viral
    • DIY
      • Kayu Pallet
      • Rumah Mini
      • Ikea Hack
    Facebook X (Twitter) Instagram
    HIAS.MY
    Home»DIY»Lelaki Kongsi Caranya DIY Awning Kecil Untuk Masalah Tempias Air Hujan
    DIY

    Lelaki Kongsi Caranya DIY Awning Kecil Untuk Masalah Tempias Air Hujan

    Nurul Husna MDBy Nurul Husna MDDecember 10, 2021No Comments2 Mins Read
    Facebook Twitter Pinterest Telegram LinkedIn Tumblr WhatsApp Email
    Share
    Facebook Twitter LinkedIn Pinterest Telegram Email
    Langgan saluran Telegram kami untuk idea dekorasi terkini.

    Bilik dimasuki air apabila hujan lebat akibat tempias dari tingkap atas. Aduan dari penyewa ini telah menghasilkan sebuah lagi projek DIY awning menggunakan lebihan barang awning dapur (sekeping zink ditambah). Bersaiz 10 x 3, modalnya RM 110 dengan tempoh kerja 4 jam. Dia turut menyertakan cara kerja penyediaan kekuda untuk awning ini.

    Sebelum Pemasangan

    VIEW IN GALLERY

    Tingkap untuk pengudaraan bilik ke-2.

    Bahan yang digunakan adalah:

    – Sebatang C channel dan battern berukuran 6 meter

    – 6 biji anchor bolt

    – 4 keping zinc berukuran 3 kaki

    – Skru self-tapping

    Cara DIY Awning Kecil, Elak Tempias Air

    VIEW IN GALLERY

    Channel dipotong kepada 3 lebih awal, termasuk zink.

    VIEW IN GALLERY

    Ukur dan buatkan lakaran.

    VIEW IN GALLERY

    Dari lakaran, tandakan 45 darjah pada semua channel menggunakan sesiku L.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Rupa apabila sudah dipotong menggunakan grinder dengan mata pemotong (cutting disc).

    VIEW IN GALLERY

    Gunakan gunting untuk memotong bahagian hujung yang dipotong tadi. Tidak memotong atau hendak terus menggunakan grinder juga tidak mengapa.

    VIEW IN GALLERY

    Bengkokkan bahagian yang dipotong, yang lurus masuk ke dalam bahagian 45 darjah.

    VIEW IN GALLERY

    Cuba cantumkan. Bahagian pendek di hujung akan masuk ke dalam channel. Tandakan, kemudian bukakan bibir kiri dan kanannya menggunakan playar.

    VIEW IN GALLERY

    Dapatkan ukuran 45 darjah untuk bahagian bawah kekuda menggunakan sesiku L dan skrukan di kiri dan kanan. Selesai bahagian ini, buat bahagian lain seperti turutan di bawah.

    VIEW IN GALLERY

    Sekiranya ketat di sudut 4, potongkan sedikit bahagian yang lurus dalam 3 – 5 mm. Jangan terlebih kerana kelak, tidak ada ruang untuk skru.

    VIEW IN GALLERY

    Tebukkan lubang untuk anchor bolt (bersaiz 10 mm) menggunakan step drill bit bersaiz 12 mm diameter. Disebabkan kekuda ini kecil, L bracket tidak digunakan.

    VIEW IN GALLERY

    VIEW IN GALLERY

    Pasangkan battern.

    VIEW IN GALLERY

    Pasangkan bumbung.

    Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan masalah tempias air dapat diselesaikan.

    Kredit: Amirul Haniff

    diy awning kecil idea diy idea elak tempias air
    Share. Facebook Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDIY Awning Rumah Bahagian Dapur Dengan Kos RM 650. Ikuti Caranya Di Sini
    Next Article Suami Ini Realisasikan Impian Isteri Dengan DIY Kabinet TV Cantik Kos RM 500

    Related Posts

    DIY Nightstand Rupa Fluted Dengan Ubahsuai Nightstand Lama & Trim Kayu Pine

    July 31, 2023

    DIY Dinding Accent Pelangi Dalam Bilik Kanak-Kanak Perempuan Hasil Inspirasi

    July 31, 2023

    DIY Wainscoting Shiplap Untuk Nurseri. Cukup Mudah Namun Jadi ‘Statement’ Besar!

    July 30, 2023

    DIY Ubahsuai Dresser Kayu Ceri, Sentuhan Peribadi Yang Istimewa Untuk Nurseri

    July 30, 2023

    DIY Deko Bilik Kanak-Kanak Lelaki Konsep Industrial Dengan Accent Kayu & Logam

    July 26, 2023

    Hasilkan DIY Mobile Bayi Dahan Untuk Tambah Sentuhan Kreatif Dalam Nurseri

    July 24, 2023

    Comments are closed.




    Perabung Bumbung: Fungsi, Jenis, dan Tip Pemilihan Untuk Rumah di Malaysia

    November 22, 2025

    7 Tips Dekorasi Ruang Tamu Memanjang

    June 8, 2024

    10 Konsep Dekorasi Rumah Minimalis Yang Perlu Anda Tahu

    February 3, 2024

    Lantai Simen Bercorak Memperindah Ruang dengan Gaya Elegant dan Kreativiti

    January 30, 2024



    Subscribe to our Newsletter

    © 2026 Hias.my. Designed by Hias Media.
    • Tentang Kami
    • Hubungi Kami
    • Hantar Artikel
    • Pengiklanan
    • Privacy Policy

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.