Apabila tempat tinggal dilanda sesuatu musibah seperti banjir, pasti kita akan berasa kurang bersemangat untuk mendekorasinya semula. Namun tidak bagi Nor Aina apabila dia berkongsi dekorasi rumah teresnya yang berkeluasan 20 x 70 selepas dilanda banjir besar pada Disember tahun lalu. Ceritanya dalam FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’, barangan yang elok digunapakai semula manakala yang sudah rosak diganti baru. Setelah hampir 4 bulan berlalu, inilah hasil dekorasi yang dilakukan semampunya, asalkan ‘sedap’ mata memandang.
Hasil Dekorasi Semula Rumah Teres
Tambahnya, bahagian tepi, belakang sehingga atas rumah ini direnovasi pada tahun 2019 agar kelihatan besar.
Cermin ditempah dari IrisDeko Wainscoting dan dipasang oleh tukang, kecuali di bahagian dapur (pemasangan sendiri).
Sofa dari kedai perabot BD Star, Puchong.
VIEW IN GALLERY
Semoga memberi inspirasi kepada sesiapa yang ingin ‘membina’ semula kediaman agar kembali seperti sebelumnya.
Kredit: Nor Aina Md Zain