Ada yang tidak gemar untuk menukar gaya dekorasi rumah pada setiap tahun, maka konsep yang ringkas dipilih. Begitu juga dengan Mona apabila dia berkongsi dekorasi rumahnya yang kekal sama sejak 3 tahun lepas. Walaupun tiada konsep, ianya minimalis agar mudah dikemas, cukup sekadar vakum dan mengelap habuk, dan menjimatkan. Banyak ‘meniru’ idea dari ahli FB group ‘KaMi SuKa DeKo DeKo’ dan mendeko sendiri mengikut citarasa, sebahagian besar barang Shopee dipadankan dengan sedikit perabot lama IKEA yang mampu milik. Pemilihan kebanyakan bahan juga adalah yang paling murah dengan warna bersesuaian.
Hasil Dekorasi Rumah Gaya Minimalis
Cat ruang tamu berwarna light grey dan dapur grey.
- Frame gambar gold, meja makan extendable, kabinet laci, kabinet TV dan katil bertingkat dari IKEA
- Kerusi bar, dulang pasu bunga berharga RM 21, sarung bantal dan kusyen Futon Jepun berharga dalam RM 50 dari Shopee
VIEW IN GALLERY
Bunga orkid dari Nilai 3.
Lampu dari Houses Lightings, Puchong.
Adakah anda turut menyukai dekorasi yang minimalis?
Kredit: Mona Binti Othman